Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Thursday, February 4, 2010

Majlis kesyukuran Zahwah & Nur

Bila cuti semester bermula, terasa sibuk sehingga nak berblog pun tak sempat. Bulan lepas, 16 Januari, keluarga aku di kampung sempat buat majlis kesyukuran kerana selamatnya mak dan ayah aku balik dari menunaikan haji. Majlis ini juga untuk melahirkan kesyukuran atas kehadiran dua cucu baru mereka, iaitu Hadifah Zahwah dan Nur Afiqah Zulfa. Sungguh meriah majlis, selepas bacaan yassin, disambung pula dengan bacaan berzanji dan marhaban.

Ini bukan majlis cukur jambul. Ini kerana dalam Islam amalan cukur jambul tidak wujud, yang ada ialah rambut bayi itu dicukur sehinggan botak apabila usianya 7 hari. Dan rambut itu hendaklah ditimbang mengikut nilai emas atau perak. Kemudian disedekahkan kepada fakir miskin.

Sebagai mana Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi).

Oleh itu, rambut Zahwah telah dicukur pada hari ke-5. Dan setelah ditimbang, nilainya ialah RM188, emas. Itu pun rambut Zahwah tak lah lebat mana.

Berkenaan dengan amalan cukur jambul, di mana hanya sebahagian sahaja rambut dicukur, dan bukan keseluruhannya, sebenarnya ia adalah amalan atau tradisi masyarakat hindu. Jadi aku harap, orang Islam tidak terkeliru antara amalan bercukur dengan cukur jambul. Sesetengah ulama menyifatkan amalan cukur jambul sebagai bidaah dan khurafat.




No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails