Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Thursday, April 30, 2009

Kawan lama di SMT

Minggu Saham Amanah Malaysia di JB bermula 20 - 27 April 2009. Saya sempat juga ke sana semasa perasmian oleh PM kita. Hari Sabtu selepas itu, saya pergi sekali lagi bersama husband. Tak sangka pulak dapat jumpa kawan lama (Nezila Mokhtar) masa sekolah kat SMT, Mersing, 1993. Rupanya dia ajen Etiqa Insurance Bhd. Cuma mungkin kami tak terserampak masa hari perasmian tu.

Bayangkanlah setelah 16 tahun ,kita orang jumpa balik. Tentulah banyak cerita, tapi masa tak mengizinkan, dapat la cerita serba sedikit kisah hidup masing-masing. Sedih juga dengar kisah Nezi. Tak pe ye Nezi, sabar. Sebagai kawan, aku doakan kau tabah mengharungi kehidupan dan menemui apa yang diimpikan.

Bila dikenang-kenang, seronoknya masa zaman persekolahan. Tapi tak mungkin masa itu akan kembali.


1 comment:

  1. thanx ayu, aku pun rindu pd semua kwn2 SMT..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails