12 hb April yg lepas, lawatan Tadika Hikmah YPJ ke KL. Hari yang Abang Hadif tunggu-tunggu. Mujur la dia da baik dari cengkering. Kita orang bertolak Sabtu malam jam 12 tengah malam. Tahun ni 11 buah bas digunakan yang membawa ahli rombongan bagi seluruh tadika hikmah YPJ Johor. Tahun 2007 yang lepas 7 buah sahaja. Tapi yang ramai pergi mak bapak budak-budak. Budak-budaknya tak la ramai mana. Tapi tetap seronok.
Sampai ke Putrajaya 5 pagi, berhenti untuk siapkan diri, solat subuh dan sarapan. Destinasi pertama ialah Muzium TUDM di Sungai Besi. Kemudian ke Planetarium dan terus ke Sunway Lagoon.
Hadif paling seronok kat Sunway Lagoon la. Zahrah sampai menggigil-gigil, tapi tetap nak mandi lagi. Ini sebahagian gambar yang dapat dirakam.
No comments:
Post a Comment