Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Tuesday, December 21, 2010

Tiara Beach Resort & Fort Supai

As salam. Setelah sekian lama tak bersiaran, cuti sekolah pun hampir habis. Dan mungkin banyak tempat2 menarik da pun dilawati. Kalau x musim cuti sekolah mungkin sukar la nak berjalan jalan. Jadi ramai ibu bapa yg mengambil peluang ni bawa anak2 barjalan setelah penat bersekolah..ye tak?

Aku sekeluarga sempat gak berjalan bawak anak2. Tempat yg dituju ialah Tiara Beach Resort, Port Dickson. Sebuah taman air yang menarik. Rasanya kalau bawak anak2 lebih sesuai kot berbanding sunway lagoon, dari segi pemandangannye la...kurang la pemandangan yang menjelekkan tu...Sebenarnya kami sekeluarga pergi da beberapa minggu yg lepas iaitu pada 3 & 4 disember. Cuma baru nie sempat nak post.

Tempat menginap, jangan risau la. Terdapat pelbagai jenis bilik disediakan dengan pelbagai versi, pilih je...dan jgn lupa ongkosnya perlu ada. Bagi kami sekeluarga kami memilih 2 studio sahaja.

Untuk makanan pulak, rasanya agak mahal kalau makan di dalam TBR, dan kami memilih utk makan di luar sahaja. Untuk malam tu kami makan di Restoran Terapung Fort Supai dan amat tidak mengecewakan la. Segala makanan yg dipesan memang sedap2 belaka. Tapi minta maaf la sebab x sempat aku nak mengambil gambar. Maklumat lanjut tentang restoran nie boleh lihat DI SINI.

Tertarik dengan namanya, Fort Supai, sebab sebelum nie tak pernah dengar, jadi aku mencari sedikit maklumat tentang Fort Supai nie.. Mungkin ada yg nak berkongsi info..
Maklumat ni aku peroleh dr berita harian.

Sebenarnya Fort Supai merupakan sebuah kubu lama di Kuala Linggi. Kedudukan yg strategik di atas sebuah bukit menghadap muara Sungai Linggi dan Selat Melaka yang merupakan sempadan antara Melaka dan Negeri Sembilan, sesuai dijadikan kota sebagai kubu pertahanan.

Namun kubu lama ini terbiar walaupun mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Di bina semasa penjajahan Belanda, di mana berlakunya peperangan antara Belanda dengan Bugis pada tahun 1756. Namun setahun selepas itu peperangan tamat dan kedua-dua pihak berdamai, maka terbinalah kubu ini dan di sini juga perjanjian damai ditandatangai pada 1 Januari 1758. Perjanjian ini membenarkan Belanda mengambil alih pentadbiran kota dan menguasai bijih timah di Sungai Linggi dan Sungai Rembau.

Sayangnya aku tak pula berkesempatan nak menyinggah ke sini......mungkin disebabkan faktor tarikan tu x de kot..dgn kata lain promosi tentang kewujudan lokasi nie kurang, menyebabkan tarikan utk ke sana tu tak ade la...Tak pe la mungkin di lain kali, boleh pergi. Bagi anda yg nak tahu lebih lanjut tentang Fort Supai ni, bolehlah KLIK SINI

Ok la, kita tinggal kan Fort Supai, jom layan gambar2 di sekitar TBR, yang diambil oleh adik ipar aku...

Pandangan dari studio kami, mengadap laluan masuk ke TBR




Ni tempat budak2, tp yg ramainya mak bapak budak..


Si kecilku, Zahwah, 1 tahun,1 bulan (baju purple), pun x ketinggalan mandi sama.


Ibu & ayah mertuaku, tak mandi tp tukang jaga barang je...


Zahrah...mcm baru lepas terbuang air kecik je tu, gamaknya

Apa macam? aku jamin memang seronok kalau ko org gi kat TBR nie, rasa cam nak gi lagi la. Bagi ko org yg belum sampai tu, boleh lah cuba pi sini noooo.... Sapa2 yang berminat nak tahu lebih lanjut pasal TBR nie, sila layari laman INI.



5 comments:

  1. Ayu, akak tak pnah lagi ke TBR ni, tatawlah bila leh smpi, tapi restoran terapung tu mahal tak? Ngeeeeeeeeeee...

    ReplyDelete
  2. kak ayu,sy dah penah sampai TBR ni tempat mandi dia mmg besh xde la dalam sgt...

    tapi yg xbesh yer tpt penginapan sy tu boleh xde air hampir 2 jam !!! tu yg rasa kurang puas hati ngan management TBR .. HUHU

    ReplyDelete
  3. kak yus, kalau x pernah gi, cuba la gi...memang best...utk restoren tu, ok la ...x la mahal sangat.

    ReplyDelete
  4. rifhaman; masa akak gi tu, x pulak ada masalah air...semuanya ok. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana promosikan Tiara Beach Resort :-)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails