Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Wednesday, December 22, 2010

Puding sago

As salam. Untuk kali ini aku mencuba resepi pencuci mulut dari seorg rakan seblog, sekerja, setaman dengan ku, kak yus. Puding sago di beri nama. Kak yus, kita da lama buat puding nie, cuma x sempat nak pos je.

Sebenarnya aku pernah juga buat puding ini sebelum ini. Cuma kalau ikut resepi kak yus, ditambahkan dengan sedikit gelatin. He..hehe...gelatin yg aku guna nie pun hasil pemberian kak yus. Tq kak yus kerana sedekahkan sepekat gelatin nie. Sedap dimakan sejuk2. Jom la cuba buat. Resepinya boleh juga tengok DI SINI.

Bahan-bahan & cara membuatnya:
Bahan A ~
100 gm sago
500 ml air
~ Didihkan air dan masukkan sago, masak sehingga sago menjadi jernih. Tutupkan api, biarkan 1 hingga 2 minit dan cuci dgn air yg mangalir sehingga hilang kanjinya. Toskan sago dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai.

Bahan B ~
1 sb gelatin
100 ml air panas
~ Larutkan gelatin dalam air panas, ketepikan.

Bahan C ~
180 gm gula melaka
200 ml air
1 helai daun pandan (saya x guna, sebab x de daun pandan)
secubit garam

~ Didihkan semua bahan C dalam periuk kecil hingga gula larut. Masukkan bancuhan gelatin (B).
Kacau sehingga semuanya larut, biarkan suam dan tapiskan. Tuang ke dalam bekas berisi sago dan sejukkan di dalam peti ais hingga gula melaka membeku. Strukturnya akan mejadi seperti jelly.
~ Hidangkan bersama susu cair atau santan, hiaskan jika suka.



Ini dihidangkan dengan santan

Ini pula dimakan bersama susu cair

3 comments:

  1. menggosok mataku berkali2... puding sago ni nampak biru.... hehe

    ReplyDelete
  2. memang biru kak yus, saje ayu letak warna biru, pas nie kalau nak buat nak warna lain pulak, merah ke, kuning ke...hehhe

    ReplyDelete
  3. kita pon tgk 2 kali tau.. biru kah? hihi...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails