Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Monday, November 15, 2010

Puding strawberi dengan sos coklat

Salam semua. Hujung minggu aku berkesempatan nak mencuba resepi yg ade dlm kepala aku setelah mencuba resepi dari Dayang jack, sebelum ini, puding coklat ngan sos kastard.

Kali nie, dari resepi tersebut, aku cuba lak nak buat puding strawberi dengan sos coklat. Dan hasilnya tidak la mengecewakan, dari si anak sampai ke ayah pun suka...

Siapa yang nak mencuba sila la:

Bahan2 untuk puding:
  • 10 gram agar2 (plain)
  • 1/4 cawan gula pasir (bole dikurangkan)
  • 200 ml air
  • 500 ml susu perisa strawberi
  • 250 ml susu cair
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 3/4 sk strawberi emulco
  • 1 sb kastard dilarutkan dengan 2 sb air
  • 1 sb mentega
  • 1 sk esen vanilla
  • sedikit pewarna merah (jika perlu)
Cara-cara : Larutkan agar-agar dan gula bersama 200 ml air. Kemudian, masukkan susu perisa strawberi, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan strawberi emulco, esen vanilla, tepung kastard, mentega dan pewarna. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan2 untuk sos coklat:
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan susu cair
  • 2 sb tepung kastard
  • 1 sb serbuk koko van houten
  • 1 sk esen vanilla
  • 4 sb gula pasir
Cara-cara : Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung dan serbuk koko larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil sehingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, bolehlah dihiaskan dgn apa2 yg ko org suka.







3 comments:

  1. Ayu, acuan tu pun kau beli kat Denso gak ker??? Kih3

    ReplyDelete
  2. kak yus; acuan tu kita beli kat skudai parade la...huhu mahal tu $9.90. tp malas nak gi tempat lain cari yg lg murah..beli je la.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails