Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Tuesday, November 2, 2010

Puding coklat ngan sos kastard

Salam semua... hujung minggu lepas, aku sempat lagi menyebukkan diri membuat puding, saja nak buang2 masa dengan menda2 yg berfaedah sikit. Aku biasala, mana2 resepi yg aku buat semuanya dari blogger2 masakan...

Terima kasih la kat blogger masakan kerana memberikan pencetus & idea untuk aku mencuba resepi ko orang..apatah lagi dengan gambar makanan yg menarik..sampai tertelan air liur menengoknye..

Kali ni resepi puding aku ambil dari teratak dayang jack. Untuk dayang terima kasih ye dayang..memang sedap...

Jadi aku kongsi kan resepi ini...atau ko org bole tgk kat SINI.
Disebabkan aku cuma na mencuba je, aku buat sikit, semuanya aku bagikan separuh...tp di sebabkan sedap, x cukup la pulak, lg2 si kak ngah.

Bahan2 untuk Puding Coklat :
  • 10 g serbuk agar2 (plain)
  • 500 ml susu segar
  • 250 ml susu cair
  • 100 ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 sb susu pekat
  • 2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
  • 1 sb tepung kastard + 2 sb air
  • 1 sb mentega
  • 1 sk esen vanilla

Cara-cara : Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan2 untuk sos kastard :

  • 2 cawan susu segar/susu cair (boleh dicampurkan kedua2nya sekali)
  • 2 sb tepung kastard
  • 4 sb gula pasir
  • 1 sk esen vanilla

Cara-cara : Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil sehingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, bolehlah dihiaskan dgn apa2 yg ko org suka.








6 comments:

  1. sedap tu kak ayu..
    nnt bleh try jugak

    ngape lama nyepi bz ker

    ReplyDelete
  2. salam...

    trm ksh yer sudi mencube. kalau x cukup nanti buat lg tau...hihi. tq

    ReplyDelete
  3. idah;tq berkungjung ke rumah saya..memang bz2 sgt skrg nie...tu yg x sempat nak edit blog ..dan blogwalking..sori kalau ayu x sempat nak gi umah idah.

    ReplyDelete
  4. Dayang; tq dtg sini..memang rasa nak buat lagi..

    ReplyDelete
  5. cam besh, kena try gak ni.. hihihihi

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails