Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Wednesday, October 20, 2010

Puding Roti Pelangi

Salam semua, kesibukan yg melanda menyebabkan aku x berkesempatan nak mengedit blog mahupun blogwalking.
Tapi hari ni, aku curi2 masa untuk post resepi ini. Sebenarnya resepi nie aku ambil dr blog hana.
Untuk hana terima kasih banyak2 atas kesudian anda berkongsi resepi ini. Jadi aku panjang kan resepi ini...atau anda boleh melihat di sini SILA KLIK.

Bahan2:

Bahan A
  • 8 gram serbuk agar2 / sepekat (saya guna agar2 biasa 17 gram - ini pasal da tersalah beli..hehehe...)
  • 1/2 cawan gula
  • 3 cawan air (23o ml/cwn) - (saya lebihkan air 100ml)

Bahan B
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170 ml susu cair
  • 1/2 cawan air (115 ml)
Lain2:
  • 2 sudu besar butter/merjerin (dicairkan)
  • pewarna ikut suka (saya guna merah, kuning & hijau)
Cara-cara:
  1. Masukkan bahan A dalam periuk, dan masak sehingga didih
  2. Blend bahan B. Dan kemudian masukkan ke dalam periuk agar2 yg sudah mendidih.
  3. Masukkan pula butter/marjerin dan kacau rata sehingga mendidih..matikan api.
  4. Bahagikan kepada warna pilihan anda dan kacau sebati.
  5. Dengan menggunakan senduk yang sama besar, ambil warna pertama (merah) & tuang ditengah2 loyang. Diikuti pula sesenduk warna kedua (kuning), & tuangkan di atas warna pertama (merah) tadi. Biarkan puding bergerak sendiri (x perlu diratakan @ dikacau). Kemudian seseduk lagi warna ketiga (hijau) tuangkan di atas warna kedua (kuning) tadi.
  6. Ulangi langkah 5, sehingga puding habis. Langkap melapis perlu dilakukan dengan segera kerana puding cepat sejuk dan membeku.
  7. Sesudah siap, simpan di peti sejuk sekurang2 2 jam..sedap dimakan masa sejuk.



6 comments:

  1. perghhhhh perghhhhhhh perghhhhhh!!! dah lama cari resipe ni, thanxxxx :)

    ReplyDelete
  2. dah copy!
    thanks a lot.
    nak cuba weekend ni.
    tengah semangat nak buat ....

    ReplyDelete
  3. ieda& syida;
    sila..copy, sama2....tuan tanah asal kata, gula tu bole di adjust ye..kalau nak lebih ke @ kurang manis..kalau ikut cara ayu tu...ok manis dia sedang2.

    ReplyDelete
  4. salam ayu...tima kasih sudi mencube resepi nih.. sangat cantik puding pelangi ayu.. bila2 boleh buat lagi...

    ReplyDelete
  5. wah! besnyer...sedap nampak & meriah warnanya..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails