Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, June 18, 2012

Cuti 2012 @ CH

Perjalanan bermula:
Sabtu 2/6/2012 - 4pm Pulai Indah, JB - 6pm Felda Sibol - 9pm Bukit Gambir, Muar
(hantar atok dulu balik umah dia)


Ahad 3/6/2012 - 9.30am Bukit Gambir, Muar - 2pm Kuala Lumpur International Hotel, KL.
Sampai hotel kena tunggu 1 jam setengah - bilik belum siap dibersihkan. Hawis pulak
da buat kuih.  
Gi KL dulu sebab esok ader bengkal kat UTM, Semarak.

Isnin 4/6/2012 - 8am bergerak ke UTM (tinggalkan cikgu hassan & anak2 dgn dibantu mak mertua)
1.30pm - Bengkel selesai.

2pm - UTM, Semarak - Simpang Pulai - 6pm Brinchang, Cameron Highlands.
Check in hotel Rosa Pasadena.
(malam nie rehat saja tak mo gi mana2, hilangkan penat jap)



                                        Hadifah Zahwah                      Hadifah Zahrah

Selasa 5/6/2012 - 9am turun breakfast. pastu gi jalan2 beli 
apa yang patut. Ikut hati mcm semua nak beli bawa balik.
12.30pm check out hotel - 1pm Ros Chalet, Kg Taman Sedia, Tanah Rata.


Chalet, ok la, sebab dpt bilik yang kecil, yg lain semua da penuh. Paling 
best, dekat dgn stoberi farm, tuan punya chalet pun ade.
Sblm check in chalet, lepak dulu kat gerai & stoberi farm pemilik chalet.
pergi juga kat kebun2 stoberi yg sederet tu.
Paling seronok, petik buah strawberi. Anak2 aku paling suka, sampai
yg x masak pun nak di petiknye.
Anak2 mcm jakon makan stoberi ngan coklat, nyum...sedap...





Habis petik baru check in 2pm.

3.30pm Taman Agro Teknologi MARDI.
Sangat cantik, rasanya banyak lg kawasan taman yg kami x pergi.
6pm balik chalet.







8pm - jalan2 gi pasar brinchang, (tinggal hawis & mak mertua di chalet)
 tp x dapat, sebab x de parking. Puas juga tawaf 3 kali. 
 Tak de rezeki.
So, patah balik, turun Tanah Rata, x brp menarik sgt malam di sini, 
kami makan saja.
Siap mkn mak mertua kat chalet call, hawis nangis, sian hawis demam
Bergegas balik chalet.


TIDUR............

Rabu 6/6/2012 - 9pm siap2 check out chalet. 
Sblm balik sekali lg pegi petik stoberi & 
terus gerak balik JB, turun ikut Tapah. 
Singgah sekejap di Bharat tea.



Cuti yg seronok, tp tak puas sebab condition Hawis yg x brp nak sihat. 
Dia mula demam hari Sabtu sblm naik Cameron. 

Apa2 pun Terima Kasih byk2 buat Cikgu Hassan.



Wednesday, May 30, 2012

Apa ada dalam hidungnya?..

Assalamualaikum
Ini adalah kisah anakku Hadifah Zahwah & kisah ini telah berlaku beberapa minggu yang lepas. Alkisahnya balik dr IOI Mall, Kulai selepas menghadiri gathering sekolah lama, 5 mei lepas, lebih kurang jam 6.00 ptg, sesuatu telah berlaku kepada zahwah. Ada sesuatu dalam lubang hidungnya? apakah dia? dan bagaimana benda tu berada di situ?


Aku dan cikgu hassan sangat panik, apatah lagi Zahwah menangis kesakitan. Asalnya aku tak tahu apa yg ade dlm hidungnya, & cuba nak keluarkan dgn cara menekan hidungnya seakan2 menyuruh anak menghembuskan hingus.  Rupanya, tindakan aku semakin menyakitkan zahwah, dan dia semakin menjerit & menangis.


Lantas, aku minta handphone cikgu hassan sebab handphone dia je ade lampu.  Bila disuluh, aku nampak hijau2 & masih tak dpt mengenalpasti, apakah itu, begitu juga dgn cikgu hassan. Kami beberapa kali menyuruh zahwah menghembusnya, tp tak keluar juga. Akhirnya kami terpaksa ke hospital besar & agenda seterusnya utk ke danga city mall terpaksa dibatalkan. Sampai hampir ke jam 7 ptg. Faham2 je la, kami terpaksa menunggu lama sehinggalah jam hampir 10 malam, baru dapat jumpa doktor. Pd masa ini aku & anak2 yg lain x sanggup menunggu dan duduk sahaja dlm kereta, apatah lg baby Hawis pun mula merengek. 


Cikgu hassan sahaja yg menemankan zahwah. Sampai di bilik doktor, hanya dgn 5 kali hembusan, akhirnya, keluarlah benda tersebut dr lubang hidung zahwah.  Alhamdulillah doktor kata, tiada apa2 kecederaan dlm hidungnya... Cuma agak tension kerana terpaksa menunggu lama. Mungkin kalau kami tidak panik dan terus berusaha mengeluarkan dgn menyuruh zahwah menghembus beberapa kali, mungkin kami tak perlu menunggu begitu lama. Tapi tak pelah, seelok-eloknya kita serahkan kepada yg pakar. 


Inilah benda yang dimaksudkan.......Aku tak tahu dari mana zahwah dapat benda nie.  Tapi menurut kakak dia benda nie dia jumpa di tempat permainan IOI Mall, ader 2 biji. 1 biji lagi kakak dia dah buang. Hai..macam2 anak2 ku ini...


Sebiji manik berwarna hijau

Monday, December 5, 2011

Abang Long berkhatan

Sudah seminggu berlalu, Alhamdulillah. 27 November 2011, abang long selamat menjalani proses berkhatan. Keinginan berkhatan sebenarnya datang dlm diri dia sendiri, kami, ibu & ayahnya tak suruh dan memaksa. Aku dan cikgu hassan ingatkan dan khatankan abg long bila dia berusia 9 atau 10 tahun. Tapi nampaknya, abg long lebih bersemangat nak berkhatan di usianya 8 tahun. Benda yang baik, kami tak nak lah tunggu2. Alhamdulillah semua berjalan lancar, dan lukapun hampir sembuh. Cikgu hassan byk membantu abang long sepanjang seminggu, sebab aku nie jenis seriau sikit. Sebagai ibu, aku doakan selepas berkhatan nie, abg long akan jadi anak yang lebih bertanggungjawab, disiplin dan soleh.

Abang long berkhatan gunakan teknik clamp, di Poliklinik Bio-Sucinas. KLIK SINI. Teknik ni dikatakan kurang sakit dan cepat sembuh.


abang long(baju merah), & Zafran (kanan) bergambar sebelum berkhatan

Tarikh yg sama juga, adalah hari lahir kak ngah, genap 5 tahun. Semoga kak ngah menjadi anak yg solehah.

Buat cikgu hassan juga selamat hari lahir pada 3 Disember yg lepas. Semoga Allah sentiasa melindungi kita sekeluarga dan bahagia hendaknya.

*terima kasih kepada ina yg sempat mengambil gambar di atas.

Monday, November 14, 2011

Pertama kali Hawis demam

As salam. Sekarang ni cuaca agak tidak menentu, kadang2 hujan, kadang2 panas. Mungkin sebab itulah juga si bayiku Hawis yg baru berusia 2 bulan 26 hari dilanda demam, selsema dan batuk. Disebabkan dia demam juga aku terpaksa ambil cuti kecemasan hari ini dan terlepas lah juga temuduga aku utk jawatan pensyarah kanan hari ini.

Hawis da mula demam hari Sabtu yang lepas, dan semalam kami ke klinik pakar kanak2 di Taman Ungku Tun Aminah. Kami sampai lebih kurang jam 12.00 thg hari, giliran no. 28. Dan nombor semasa 13. Aku rasa inilah masa paling lama kami tunggu. Jam 2.40 ptg baru selesai. Hampir 3 jam. Memang pun ramai orang. Ramai juga bayi yg senasib Hawis. Ada di antara ibu bapa kanak2 datang dari Kluang untuk mendapatkan rawatan anaknya. Katanya di Kluang tiada klilik pakar kanak2 di sana.

Aku juga sempat berbual dengan seorg kakak dari Kulai. Katanya dia sudah lama mendapat rawatan di situ utk anak2nya dari anak yg sulung lagi sejak anak itu masih kecil. Sekarang anak yg sulung itu dah berusia 19 tahun. Fuhh..memang lama betul tu. Kali ini dia datang kerana anak no.5 yang berusia 4 bulan pula demam.

Mungkin disebabkan ubat2 yng diberi memang bagus, semua ibu bapa sanggup menunggu utk mendptkan rawatan anak mereka. Bagi aku ini baru kali ke-2 kami datang. Sebelum nie anak no. 3 kami.

Sebagai ibu aku mendoakan Hawis akan pulih segera, dan aku tidak perlu bercuti lagi hari esok. Amin..

Hari pertama, hawis demam.

Hari Kedua, suhu badan masih belum turun walaupun sudah
makan ubat.

Wednesday, November 9, 2011

Ahli keluarga baru

Assalamualikum. Setelah sekian lama menyepi, baru hari ni terasa nak menulis sesuatu. Alhamdulillah, pada Sabtu, 20 Ogos 2011, yang lepas, aku selamat melahirkan anak yang ke 4 di Hospital Sultanah Aminah. Hadif Zulhawis diberi nama. Dia lah anak yang paling senang aku lahirkan, mungkin kerana berkat di bulan Ramadhan. Terima kasih kepada jururawat2 yang melayan baik sepanjang aku di HSA.

Diimbas kembali, pada pagi Sabtu tersebut, aku bersama suami dan anak2 masih sempat membeli belah baju raya walaupun perut telah rasa sakit2. Sempat balik rumah sebelum ke hospital 2.30 petang. Hawis dilahirkan jam 5.15 petang.

Dan hari ini, genap umur Hadifah Zahwah 2 tahun (anak no.3). Semoga semua anak2 ku menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Amin.



Hadifah Zahwah (2 tahun)


Hadif Zulhawis (2 bulan)

Tuesday, November 30, 2010

Selamat hari lahir...anak2 ku.

Sabtu lepas, aku ngan en. hassan sama2 menyambut birthday anak2. Walaupun sebenarnya tarikh lahir dia org nie x sama, tapi kami sambut sekali harung je...(3 dalam 1). Sambutan dibuat sgt kecil-kecilan, kalau tgk keknya pun sgt kecil, x sesuai utk 3 dlm 1. Tapi x pe la, dpt gembirakan budak2 nie, kita org buat kat umah mak aku, Tok Haji dia org yg bacakan doa. Bukan apa, buat sekali sebab tarikhnya dekat2...

Abang long (21Oktober) kini 7 tahun,
Kak ngah (27 November) kini 4 tahun,
&
Zahwah (9 November) kini 1 tahun

Untuk anak2 ibu dan ayah, moga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, menjadi insan yg berguna untuk agama, bangsa dan negara...Amin...







Tuesday, September 7, 2010

Berhari raya dengan exora yang.....huhu

Salam semua..tinggal beberapa jam lagi kita akan menyambut hari raya. Sambutan raya aku tahun ini sama je spt raya2 yg lepas...cuma bezanya tahun ni kami sekeluarga beraya dengan tambahan ahli baru yg kini genap berusia 10 bulan, si kecik Zahwah...dan tak lupa juga tahun ini, kami balik ke kampung dengan kenderaan resmi kita org exora...

Tapikan yg sedihnya, usia exora yg baru mencecah 7 bulan lebih,..huhuhu...da kena hentam dengan kereta lain minggu lepas, masa kita org nak balik kampung. Masa tu en. hassan yg drive. em...sedih sedih, pulak tu tak sempat kami nak baikinya sebelum raya...sebab nak tunggu report polis dan bla..bla..bla...mcm2 prosedur. Terpaksa la kami beraya dengan keta yg kemek nie..

Tak pe lah mungkin ada hikmah di sebalik kejadian...pasrah je la...

Exora kemek belakang sebelah kiri. Walau bagaimanapun, kereta kena servis cam biasa la bila nak berjalan jauh nie...


Abang long & kak ngah sempat bergambar sementara tunggu siap keta diservis.
Ok untuk semua selamat berhari raya & berhati hati di jalan raya....

Friday, August 27, 2010

Abang long berpuasa...

Salam. Alhamdulillah hari ni da masuk puasa ke-17. Di kesempatan ini aku ucapkan selamat menghabiskan ibadah puasa dan selamat menyambut hari raya nanti.

Pada tahun ini adalah tahun ke-2 bagi anak sulungku berpuasa di usia 7 tahun. Sehingga ke hari nie da 4 hari dia monteng puasa. Hari petama sebab dia x bersahur, hari ke-2 x tahan godaan adik dia makan roti masa kat kampung minggu lepas, hari ke-4 & ke-5, dia minum air kawan dia kat sekolah. Katanya kawan dia yang bagi. Aku ngan en. hassan bukan main marah lagi kat dia...dah tahu puasa boleh la pulak minta air kawan dia...apa taknya haus, pasal berlari sana berlari sini kat sekolah....keesokan harinya selepas kena marah baru lah dia tak buat lagi. Aku siap ugut dia x nak bagi makan kalau dia minum lagi kat sekolah...bukan apa, budak2 nie kenalah di ajar dari kecik. Takut nanti sampai ke besar asyik cakap x tahan bila puasa...kalau boleh kena lah bagi sokongan kat dia untuk terus berpuasa sampai petang, bukan menggalakkan dia untuk berbuka bila tak tahan.... Semoga abang long akan tabah menghadapi ujian sepanjang puasa. Amin.

Buat kawan2 semua kalau nak balik ke kampung tu, hati2 la ya bila di jalan raya....akhir sekali selamat menyambut hari raya yang bakal menjelma, dan kalau ader tersalah silap dalam apa2 penulisanku, aku minta maaf banyak2...Semoga raya kali ini lebih bermakna buat anda sekelian..
wassalam.

Sunday, August 1, 2010

HFMD pulak.....

Salam semua. Untuk makluman, 3 hari yg lepas, aku bercuti. Kalau ikutkan masa2 cuti nie sepatutnya byk la masa utk update blog...tp nampak gayanya, cutiku bukan untuk ber-ternet, tp kena jaga si kecik Zahwah. Dia x bole dihantar ke pengasuh spt biasa.

Emm.......sian anak aku yg sorg nie, baru je beberapa hari lepas baik dr demam, da kena pulak penyakit kaki tangan & mulut (HFMD). Alhamdulillah, setelah beberapa hari, zahwah beransur sihat, dan ruamnya pun semakin kering.

Ini adalah kali pertama, aku & en, hassan berhadapan dengan penyakit ini. Oleh itu, kami sgt2 berharap agar penyakit ini tidak berjangkit kepada abang dan kakaknya. Sebab penyakit ini amat mudah merebak, sama ada melalui sentuhan, atau cecair dr hidung / mulut atau cecair dr ruam pd tangan & kaki, begitu juga dengan najis pesakit.

Dan nampaknya sepanjang zahwah menghadapai penyakit ini, dia tidak la demam, dan selera makan pula, masih ada, masih boleh menyusu dan makan spt biasa, walaupun kurang sedikit... mungkin ruam pd mulut kurang berbanding pd kaki & tgnnya.

Doktor hanya beri zahwah ubat utk meredakan keradangan, antibiotik dan ubat sapu sahaja. Dan seperkara lg, mungkin selepas makan ubat, najis zahwah berubah warna seakan2 coklat kemerah merahan...ngeri juga aku tengok. Harap2 xde apa2 la kat si kecik nie.









Masih boleh tersenyum & bermain...alhamdulillah, moga zahwah
cepat sembuh.

Untuk maklumat lanjut tentang penyakit nie, korang bolehlah baca kat sini....SILA KLIK

Thursday, July 22, 2010

Zahwah bertukar pengasuh

Salam...Alhamdulillah semalam adalah merupakan hari pertama & pertama kali Zahwah bertukar pengasuh. Terasa senang hati aku ngan en. hassan lepas tukarkan pengasuh untuk Zahwah. Sebelum ni Zahwa yg baru 8 bulan tu dijaga di taska berhampiran rumahku sejak dia bayi lagi...Namun sejak2 kebelakangan ini, kami agak kurang berpuas hari dengan perkhidmatan yang diberikan.

Apa taknya, dr jauh lg da kedengaran suara anak aku tu menangis, terutama en. hassan la yg selalu balik lebih awal lepas habis sekolah. Dan bila kami ambik Zahwah balik, suara dia da mula serak akibat menangis x berhenti. Tempat pangasuh lama, nama je taska, tapi seorg je pengasuh, x de pembantu, ye la....mcm mana nak gajikan pembantu, x ramai budak yg dihantar ke situ....sebab satu persatu bawa anak dia kuar dr situ...akibat servis yg x memuaskan.... Sebenarnya aku x sampai hati nak ambil Zahwah & hantar ke tempat yg lain. Maklum la pengasuh lama tu, ibu tunggal yg sangat bekerja keras...mcm2 yg dia nak buat untuk menanggung hidup anak beranak, akhirnya jaga budak2 pun ala kadar je.....kesian sbnrnya aku ngan dia...tp nak buat cam ne...Pada aku anak aku lebih penting..

Semalam ambil Zahwah dr pengasuh baru...alhamdulillah, si kecik tu lebih ceria & lebih cergas, mungkin dapat tidur yg cukup siang hari...suara serak pun da beransur pulih...aku harap sgt2 agar zahwah mendapat layanan yg baik dr pengasuh baru...Amin.

Friday, July 16, 2010

Zahwah beransur pulih

Salam semua. Syukur, alhamdulillah, zahwah sekarang sudah beransur pulih dr demam dan selsemanya. Cuma hidung dia masih ada sikit lagi berhingus la...

Lega hati aku bila tengok dia da sihat. Kalau x, nak senyum pun mcm nak tak nak je..Ko orang bole tengok la n3 sebelum nie, KLIK SINI. Baik je demam, si kecik nie, da sibuk nak belajor memanjat pulak...takut pulak kepala dia terantuk kat benda keras, so baru aku pun masukkan dia dlm walker.

Sebelum nie ada orang dok sibuk2 suruh aku masukkan dia dlm walker, masa tu dia baru 5, 6 bulan....duduk pun x confirm lagi...Kok ye pun tunggu la dulu budak tu kuat tulang belakang, duduk pun da agak stabil, baru lah masuk dalam walker...

Ni gambar 1st time si zahwah duk dalam walker...Sekarang Zahwah da 8 bulan 7 hari.

N3 sebelum nie, juga aku bagi tahu si zahwah demam sebab alahan, & doktor da cadangkan agar aku tukar susu dia, sebelum nie, zahwah baru sekali tukar susu.

Tukar dr Dumex dulac ke Isomil...tp bila tukar Isomil, masalah lain pulak, so tukar balik pd yang asal..n3 sebelumnya KLIK SINI

Ha...ini dia susu yang doktor cadangkan. Pada aku Isomil tu da mahal....tapi ini lagi mahal...hai, zahwah2....saje je tau nak bermewah-mewah...kalau dia x de masalah, x de nye aku nak bagi dia susu nie...hehe...takpelah asalkan si Zahwah cepat sembuh dr alahan dia... Amin..

Tuesday, July 13, 2010

Pagi yang mengharu birukan..

Salam semua....pagi ni, seawal 6.00 pagi rumah aku da riuh dgn suara en. hassan, suara aku saling bersahutan-sahutan....apa tidaknya. Ini semua gara2 abang long yg x habis2 dok hilangkan alat tulis dia; pensil, pemadam, pembaris...

Aku pun pelik la, kerap sgt pensil dia hilang. Baru 2 hari lepas ayah dia bekalkan 3 batang pensil baru, itu pun lesap. Aku x tahu la, mana dia letak pensil tu....Geram betul aku. Susah betul nak ajar dia supaya sayangkan harta benda...dia ingat mak ayah dia nie kilang buat alat tulis agaknya...Dan bila di marah, pandai pulak buat muka kesian, langsung x menjawab....Aku x tahu la, ko orang ade tak menghadapi masalah yg sama cam nie..

Lepas dok bebelkan abang long, aku ngan en. hassan kena uruskan Zahwah pulak. Deman dr hari rapu lepas masih lum baik, walaupun ubat da habis. Jadi semalam kami gi klinik lagi. Doktor kata demam pasang surut dia disebabkan alahan, sama ada alahan makanan atau persekitaran. Doktor telah cadangkan untuk bertukar susu..

Jadi pagi nie, kami kena bagi ubat dulu kat Zahwah, 5 semuanya; batuk, selsema/alahan, demam, cair kahak & antibiotik. Sgt susah nak bagi dia makan ubat....meronta2, kuat betul tenaga dia, x mcm baby berusia 8 bulan. Terpaksa en. hasan kepit kaki badan dia & aku tukang masukkan ubat dlm mulut. Punya la bijak, gusi bawah & atas bertemu, x nak bukak mulut, si kecik nie. Terpaksala aku tutup hidung dia. Meraung jgn ckp la, sekuat-kuatnya, suara pun da nak hilang.....kesian pulak aku tengok dia...lembik giler akibat penat meronta. Harap2 lepas mkn ubat & tukar susu nie, kuranglah alahan dia...

Susu? nak tahu susu apa yg doktor cadangkan?...aku akan n3 di lain kali...hehe..salam.

Friday, July 9, 2010

Zahwah demam...

Salam semua, semalam seharian x dapat aku nak berinternet. Bukan apa, terpaksa ambil cuti kecemasan, gara2 si Zahwah demam..

Aku ingat nak masuk keja lambat sikit lepas aku ngan en. hassan bawa zahwah gi klinik. Tp balik dr klinik, en. hassan x jadi nak gi keja sebab macam da lambat sangat, masa tu lebih kurang jam 9.20 pagi. Aku lak...emm pun jadi cam malas nak gi keja terus el je la...

Mujur juga aku cuti, memang si Zahwah ni demam sesungguh, melepek aje dia. Hingus , jgn cakap la, asyik keluar je......da la payah makan ubat. Lepas makan ubat pun, suhu badan x berapa nak turun, sebab tu la aku dok tuam ngan air sejuk. Ni kalau kat taska, tak tahula si pengasuh tu tuam ke tak?...

Di sebelah malam pulak, lepas makan ubat, dia muntah pulak...terpaksa la bagi ubat lagi, itu pun muntah lagi...risau aku...suhu badan tak turun, ubat x masuk. Aku bagi lagi, tapi kali ni bagi ubat demam je...takut2 muntah lagi...akhirnya kali ke- 3 baru dia x muntah...

Hari ni, pagi, sebelum gi keja sekali lagi bagi ubat, pun muntah jugak...akhirnya mintak pengasuh bagi ubat kat dia. Tak tahu lah cam ne zahwah hari ni...harap2 suhu badan dia hari ni turun...


tengok la, melepek je zahwah, sian kat dia....x larat nak senyum da.

Tuesday, May 11, 2010

Kak ngah demam lagi

Salam semua, hari ni jam 12.30 thg hari aku dapat call dr nurseri Zahrah....Cikgu dia bagi tahu kak ngah demam lagi...baru beberapa hari baik, da demam balik..
Sebelum tu pg tadi, masa hantar kak ngah, dia da muntah dlm keta. Tp bila rasa kepala dia tak la panas, so aku ngan senang hati hantar dia ke nurseri..dan aku cam biasalah gi training netball & gi ofis.
Sebaik terima call cikgu dia tu, aku terus gi ambil dia...ubat demam masih ader kat umah, so aku fikir x yah gi klinik lagi. en hassan kata kalau tak reda gak demam dia nak gi hospital...bimbang juga..demam asyik berulang je nie. Lepas bg ubat, aku tuam dia dengan air sejuk...nampak cam reda sikit demam dia. Harap2 kak ngah x ape2 dan cepat sembuh.


lalok lps makan ubat

Monday, May 3, 2010

Kak ngah - balik dr klinik..

Salam.. aku ngan en. hassan baru balik dr bawa Zahrah dr klinik. Kita org gi klinik yg biasa kita org pergi kat taman teratai nie...

Ha...ini dia ubat2 yg kak ngah kena makan. Balik terus je aku bg dia...aku tahu, tgk cara dia telan ubat tu, dia cam x suka je ngan rasa ubat klinik nie....nak dibandingkan ngan panadol perisa strawberry tu. Aku takut je kali ke-3 terus x nak makan ubat ni...


Biasala anak2 aku kalau bab mkn ubat x pernah nye nak habis. Doktor bagi 3 ubat je; selsema, demam & antibiotik. Walaupun, aku tgk kak ngah x de selsema, tp dok kata dia jenis selsema dalam...yg x kuar melalui hidung...selsema jenis ni lagi jahat...dok mengumpul kahak lama2.

Hai..kak ngah..cepat2 la sembuh...harap2 esok pagi bole la gi sekolah & ibu pun dapat la training netball & pantenque. Amin...Amin..


Kak ngah demam pulak

Salam semua...pagi nie gi keja terpaksa la aku bawa sekali kak ngah....aku x hantar dia gi sekolah, sebabnya demam...baru mula semlm....belum sempat lagi nak gi klinik...nampaknya ptg ni kalau x ok gak kena gi klinik gak.....

Aku pulak, ingat nak ambil cuti...tapi x dpt la sebab , da janji ngan budak2 nak buat test 3....terpaksa lagi gi keja gak...buat sementara ni aku dok tuam ngan air je & bagi ubat panadol suspension je......

Sblm ni, masa dia sihat, sibuk kata dia demam...sebabnya sibuk nak rasa ubat demam adik dia, Zahwah...ubat budak2 kan manis...tu yg sibuk nak rasa...aku bagi la sikit. Ha skrg ni baru demam betul2....ha makan la ubat.....


tgh dituam

kak ngah berehat kat surau ofis aku..

Sunday, April 25, 2010

Abang long...hai...abg long.

Salam semua....asal kat umah je...mulut aku ni tak berhenti2 membebal....
Ko orang ade tak mengalami masalah sama cam aku....

Ini lah pasal masalah anak bujang aku sorang nie...usia dia da 7 tahun...masalahnya...aku geram sangat ngan dia....da berbuih2 rasanya mulut ni dok menegur kesalahan dia.....yg susah sgt laaaaaa dia nak ingat...

Tabiat dia yg aku naik hangin tu....

1. bila da guna tandas tu, tak reti2 nak flush....bila kita nak guna...hai...sisa dia ade lagi....cam ni tiap2 hari basuh tandas tu pun tak guna.

2. bila da guna bilik air tu, bersepah2...dengan sabunnya, syampunya, baldinya, gayung nye...dan apa2 lagi la..

3. sebelum nak masuk bilik air, (selalu dia guna bilik air depan) mandi, baju ngan seluar dia parking baik punya depan pintu bilik air tu....lepas tu, tak reti2 nak letak dlm bakul baju kotor.

4. lepas mandi, tuala tak reti nak sidai...dibiarnya atas karpet la...atas tilam la...

5. lepas ambil baju untuk di pakai, tak reti pulak nak tutup pintu almari tu....dibiarnya ternganga...nak suruh cicak masuk agaknya...

Ini lah masalah aku ngan anak bujang aku ni...bukan tak dicakap...da ckp byk kali....masuk telinga kanan keluar telinga kiri...

Akhir sekali, aku da tak larat nak menegur setiap kesalahan dia, jadi aku pun panggil dia dok bersemuka dengan aku & aku bagi tahu dia apa kesalah dia dari no. 1 - 5 di atas, lepas tu aku suruh dia sebut balik kesalahan tu, bior dia ingat & bagi amaran kat dia supaya dia tak buat lagi...

Sekurang2nya lepas ni aku x perlu sebut 1 per 1, tapi aku cuma ckp, "abg long, tolong buat apa yang patut" Jadi kerja dia la, ingat balik kelima lima perkara tu...mana yg dah buat, mana yg belum..

Tapi, Alhamdulillah nampaknya, ada perubahan sikap dia tu....Tapi biasala budak lelaki ni kepala dia ingat nak main je....Selang beberapa hari lupa balik...Kita kena ingatkan dia balik...mcm tulah.

Aku harap ibu bapa di luar sana jgn la jemu untuk terus mendidik & mendisiplin kan anak2 kita...Kesabaran yg tinggi kena ada...(emm...mcm la org yg menulis ni sabar sangat..hehe..). Bila masa cam ni...barulah kita sedar...susah payah mak ayah kita mendidik anak2...lagila kalau yg ramai anak nye...cam ne lah yek?...



Abg long...bergaya bukan main pandai lagi.

Sunday, April 18, 2010

Kesian Zahwah...sembe_ _ _.

Salam semua. Hari ni hari yang agak stress gak...bangun pagi tak la mengemas beriya...sebab kerja2 mengemas dan dibereskan semlm. Cuma hari ni bagi maintain je...Pukul 12.00 tgh hari da siap masak. Menu hari ni sawi goreng dan asam pedas ikan duri... Walaupun da siap masak kul 12, tapi aku baru je lepas melantak...lapar giler perut aku....

Apa taknya, en hassan keluar kul 11.00 pg sebab nak tolong adik dia si Apis...tah apasal tah kerata wish dia tak boleh nak start. Yang buat halnya si Zahwah, anak perempuan aku yg kecil tu....sembelit pulak hari ni....tak pernah2 kena cam tu...Aku rasa ni mesti kes tukar susu....Sblm ni aku ade n3 kan pasal Zahwah alergi..so aku ngan en. hassan buat keputusan tukar susu dia dari dumex dulux kpd isomil. Ingatkan selesai la masalah...tp masalah lain pulak jadinya.

Ini pengalaman pertama aku. Sblm nie abang ngan kakak dia pun pernah gak minum isomil, tak pulak ade masalah sembelit. 2 kali si Zahwah membuang. Sekali sikit je najis tu keluar...tp memang keras...menangis2 dia...agaknya lega sikit dia tertidur tp kejap je...sempatla aku mandi dan solat zohor..Ingat nak terus makan, tp dia da bangun...meragam lagi...meneran lagi...kali nie...lagi teruk nangisnya...kesian aku tengok...apa bole aku buat?, cuma tenang kan dia je...teran punya teran & bila aku cek, ha...banyak gak keluar, keras ada darah lagi...hai....kesian anak aku sorang nie...nampaknya macam kena tukar susu asal balik pulak .....bagi gak air masak, tapi dia tak nak....aku cair kan juga susu...tp budak mcm tu pun tahu...susu tu sedap ke tak...

Lepas membuang kali ke 2 tu...baru la dia tudur nyenyak... dapat la aku makan dengan tenang..dan sempat gak post benda nie...

Agak2 ko orang ade petua tak nak menyelesaikan masalah sembelit ni?...tolong2.



Zahwah 4 bulan baru pandai meniarap

Monday, April 12, 2010

Anugerah.

Agak2 sape yang keluar dulu dr perut ibu dia?

Si bebaju pink ke atau si baju biru?

Afi & Zahwah

Tak kisah la sapa yang keluar dulu.

yang penting

Anak2 adalah anugerah hebat dari Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW,

Maksudnya :
“ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya“.

Jadi
kenapa mesti ade cerita2 seperti ini?

Mayat bayi dalam timbunan sampah

berita 12April2010.

Fikir2kan & Renung2kan

Related Posts with Thumbnails