Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Friday, January 6, 2012

Lindungi keluarga kita dari Dasim.

Salam, sekadar ingin berkongsi,

Dasim adalah syaitan yang kerjanya memporakperandakan rumahtangga. Dia duduk di atas pintu rumah kita. Gangguan Dasim akan menyebabkan hubungan suami dan isteri tidak baik, sering bergaduh dan anak-anak pula tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa. Oleh itu sebelum masuk ke rumah silalah baca 'bismillah' 3x, beri salam dan kemudian masuklah dengan mendahului kaki kanan. Semoga keluarga kita dilindungi oleh Allah SWT dari kejahatan Dasim. Amin...

(pesanan dari Datuk Dr. Fadzilah Kamsah)

Friday, October 15, 2010

SABDA RASULULLAH SAW TENTANG ANAK

1. Bau mulut atau tubuh anak-anak adalah sebahagian dari angin syurga.

2. Syurga adalah sebuah kampung ketenangan, tidak akan masuk ke dalamnya kecuali orang yang menyukai anak-anak.

3. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka darjatnya bagaikan orang yang sentiasa menangis kerana takut kepada Allah. Orang yang menangis kepada Allah maka api neraka diharamkan menyentuh tubuhnya.

4. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat di syurga. Nisbah di antara dua darjat adalah 500 tahun.

5. Barangsiapa keluar ke pasar untuk membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan mambawa buah tangan untuk anaknya, nescaya dia akan mendapat rahmat dari Allah swt dan tidak akan disiksa di akhirat kelak.

6. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak laki-laki. Barangsiapa menyenangkan anak perempuannya, maka seolah-olah memerdekakan anak Nabi Ismail.

7. Perintahkanlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika berusia 7 tahun dan pukullah mereka apabila meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun.

8. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

9. Barangsiapa meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan jahil, maka orang tua ikut menanggung setiap dosa yang dilakukan oleh anaknya.

10. Barangsiapa membekalkan nanak-anaknya dengan adab dan ilmu agama, maka orang tua akan mendapatkan pahala seperti pahal anak-anak.

11. Setelah anak perempuan berusia 16 tahun, maka nikahkanlah dia. Ketika itu sang ayah memegang tangan anak gadisnya sambil berkata " Anakku, kau telah kudidik, kuajar dan kunikahkan. Semoga Allah melindungiku dari bencana kerana dirimu di dunia dan akhirat".

12. Muliakanlah anak-anak kerana anak akan menjadi taming atau penghalang untuk masuk neraka.

13. Anak-anak adalah taming neraka, makan bersama mereka akan membebaskan kita dari neraka dan memuliakan mereka menyebabkan kita selamat ketika menyeberangi titian shirath.


sumber: facebook

Thursday, July 22, 2010

Malam Nisfu Sya'aban

Salam. Petang2 hari ni baru bukak e-mail, sblm nak berkemas nak balik...Dapat e-mail ni rasanya lebih baik saya kongsi dengan yg lain untuk diamalkan bersama. Insyaallah.

Kandungan e-mail yg ditulis oleh seseorang;
Assalamualaikum w.b.t...


Untuk makluman…sekadar ingat & mengingatkan..!

Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk
menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)

Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x

Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x


2.
Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman &

pohonlah segala yang baik dan munafaat.


Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)


3.
Baca surah al-Ikhlas 1000x

4.
Berpuasa pada siangnya)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.


Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa

2. Malam Pembahagian Takdir

3. Malam Rahmat

4. Malam Berkat

5. Malam Pengampunan (Taubat)

6. Malam Penebusan

7. Malam Syafaat

8. Malam
Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan

10. Malam Rezeki

11. Malam
Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof d ida lam syurga.


2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)

: pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berz ina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.


Wallahua'alam

Wassalam.

Wednesday, July 21, 2010

Haram pakai jersi lambang salib

KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.

Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.

“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.

“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka.

Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini.

Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.

Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.

Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam.

Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.

Sumber; Kosmo



gambar google

Ayu; Sebenarnya isu ni da lama aku terfikir setiap kali piala dunia. Namun aku rasa ini adalah yg pertama dinyatakan kepada umum, dan kenyataan ini pulak keluar setelah piala dunia 2010 sudah pun tamat. Harap2 lepas nie semua orang tidak terlalu taksub & akan berhenti dr memakai jersi @ apa2 pakaian yang mempunyai lambang sedemikian...ini juga merupakan satu penjajahan minda oleh org2 barat.

Friday, July 2, 2010

Tazkirah Jumaat - Terdetik kerana sebiji tembikai


gambar google
Pada suatu hari, seorg ahli sufi yang mahsyur bernama Syaqiq Al-Balkhi , telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu? Adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pncipta buah tembikai itu?"

Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata2nya: "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri drpd barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini, engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Maka menangislah si isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

p/s; syukurilah atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Tuesday, May 18, 2010

Api dalam air?

Salam semua...hari ini aku ingin berkongsi tentang kebesaran Allah SWT...yang mana aku baca daripada majalah infinity..dan aku cuba mencari gambar2 berkenaan untuk diuploadkan untuk renungan kita bersama.

"Sesungguhnya di bawah lautan ada api dan di bawah api ada lautan"
Berikut adalah hadis Rasulullah SAW berdasarkan firman ALLAH SWT;

"Dan laut yang dalam tanahnya ada api"
(Surah Ath-Thur: ayat 6)

Gambar2 ini adalah hasil penyelidikan National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) & National Science Foundation (NSF). Di mana ia diambil oleh robot Jason, yg dicipta khas untuk mengambil gambar2 di dasar lautan.

Berdasarkan gambar tersebut terdapat cahaya/api yg menerangi dasar lautan yang gelap. Dan api itu sebenar berasal drpd aliran lava gunung berapi di dasar lautan, 4,000 kaki di bawah permukaan air laut.

Hasil kajian juga menemukan terdapat lebih kurang 70% rangkaian gunung berapi di permukaan bawah laut, yg berkeluasan lebih 20,000 km di Lautan Pasifik termasuk Fiji, Tonga dan Samoa yg diistilahkan 'Rings of Fire'

Api yang membara di dasar lautan

Letusan gunung berapi di bawah laut









Kesejukan air tidak dapat memadamkan api

Kalau dilihat adalah agak mustahil bagaimana api boleh menyala & tidak terpadam di dlm air yg sejuk. Namun kekuasaan Allah SWT dapat mengatasi segala2nya..Sesungguhnya apa yang dinyatakan oleh Baginda Rasulullah SAW & Al-Quran adalah benar dan benar belaka...

Semoga paparan gambar ini dapat mengingatkan kita akan kebesaran Allah SWT & meningkatkan keimanan kita...

Thursday, May 13, 2010

4 golongan lelaki yg ditarik wanita....SIAPA?

Sewaktu di yaumal akhirat, terdapat 4 golongan lelaki yang akan ditarik oleh wanita bersama-sama ke neraka. Na'uzubillah...
Ini adalah peringatan untuk kaum lelaki agar memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yg harus dipukul terhadap wanita.
Siapa golongan lelaki tersebut?

1. Ayahnya
apabila si ayah tidak memperdulikan anak perempuannya, tidak memberi keperluan agama spt mengajar solat, mengaji dll, membiarkan anak tidak menutup aurat & hanya memberi kemewahan semata2. Maka si ayah akan ditarik oleh anaknya.

2. Suaminya
apabila suami tidak memperdulikan tingkah laku isterinya spt, pergaulan bebas, berhias diri utk org lain selain suami, tidak menutup aurat dll, walaupun si suami adalah orang yg alim (tidak meninggalkan solat, puasa & menurut segala perintah Allah SWT).

3. Abang2nya
apabila ayah sudah tiada, maka tanggungjawab menjaga maruah wanita (ibu & adik-beradik perempuan) jatuh kepada abg2nya. Jika mereka hanya pentingkan keluarganya malah membiarkan adik2 terjerumus ke kancah maksiat, maka si adik akan turut menarik abgnya ke akhirat kelak. Maka si abang akan di tarik oleh adik2nya.

4. Anak2 lelakinya
apabila anak lelakinya tidak menasihati ibunya yang melakukan hal2 yg haram menurut Islam, apabila si ibu membuat kemungkaran, mengumpat, dll, maka si anak akan dipersoalkan di akhirat kelak dan di tarik oleh ibunya ke akhirat kelak.


Maka,

Wahai Kaum Wanita,

kasihlah ayah anda, suami anda, abang2 dan anak2 lelaki anda,
jalankanlah perintah Allah SWT dengan bersungguh2 dan ikhlas.

Wednesday, April 28, 2010

Rahsia kelebihan Surah Yaasiin (ayat; 32 - 40)

N3 ni adalah sambungan daripada n3 yg sebelumnya (Klik sini)

Rahsia kelebihan ayat 32
Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik

Rahsia kelebihan ayat 33-35
Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yg suka bercucuk tanam

Rahsian kelebihan ayat 36
Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di bumi ini dijadikan
berpasang-pasangan. Elok diamalkan bagi sesiapa yg belum berkahwin
supaya dipertemukan jodoh.

Rahsia kelebihan ayat 37
Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri.
Hati yg kering akan hidup semula

Rahsia kelebihan ayat 38
Mengisahkanyg bulan dan matahari pun sujud pada Allah SWT yang satu.

Rahsia kelebihan ayat 39
Mengisahkan ilmu falak

Rahsia kelebihan ayat 40
Merupakan kenyataan Allah SWT yg satu.

Monday, April 19, 2010

Rahsia kelebihan Surah Yaasiin (ayat; 1 - 30)

Salam semua. Hari ni aku nak n3 ilmu yg baru aku dapat dari ustaz kat tempat keja aku....untuk dikongsi bersama.

Ia adalah tentang rahsia2 kelebihan surah Yaasiin...

Rahsia kelebihan ayat 1-9;
Untuk keselamatan diri

Rahsia kelebihan ayat 9;
Orang jahat tak nampak kita terutamanya orang kafir. Tapi ustaz kata jangan kita gunakan untuk elak dari pihak kastam atau polis...hehe..itu lawak je..

Rahsia kelebihan ayat 12;
Merupakan jantung Yaasiin - Di mana Rasulullah SAW berharap agar ayat ini dihafal oleh Islam.

Rahsia kelebihan ayat 13-35;
Mengisahkan orang2 yang mati syahid

Rahsia kelebihan ayat 22-23;
Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.

Rahsia Kelebihan ayat 29;
Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari fitnah dan kejahatan mulut & juga untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah @ aniaya kita.

Rahsia Kelebihan ayat 30;
Untuk keinsafan - supaya dapat dipertemukan dengan Allah SWT.
(harus sentiasa berada dihati & beramal denganya)


Kelebihan ayat yang seterusnya aku akan n3 kan akan datang..
Samalah kita beramal untuk keredhaan Allah SWT....Amin

Related Posts with Thumbnails