Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Monday, June 28, 2010

Cuti-cuti 2010 (bhg akhir)

Salam semua...seperti yg aku janjikan, nie aku nak n3 kan pasal tempat2 yg sempat aku sefamili pergi masa cuti di Kuala Terengganu....

Nie dia, tempat wajib pergi bila sampai Kuala Terengganu. Aku percaya org ganu sendiri pun ada yg lum sampai kat sini.....Pulau Wan Man....Taman Tamadun Islam. Kita org sampai sini lebih kurang kul 10 pg, 15 Jun lepas.



Sampai2 je terus bergambar.



Di hadapan pintu masuk Taman Monumen

Nak masuk Taman Monumen ni, bukan free, ha....biasala kena bayar...boleh tahan juga harga dia. Utk dewasa sekali masuk RM15.00 & kanak2 RM8.00.
Selesai buat bayaran, kami diberi passport. Passport ni sebagai bukti anda pernah mengunjungi taman ini dan boleh digunakan utk 3 kali lawatan dalam tempoh 1 tahun...(so, kalau rasa2 nak dtg lg ke sini passport ni jgn hilangkan la ye..), boleh la naik tram secara bercuma.



Tak lupa juga dpt baucer makan RM3.00/passport di cafe dlm taman nie aje.

Kalau da masuk dlm taman monumen ini, kita diberi pilihan, sama ada berjalan kaki atau menggunakan perkhidmatan yg disediakan berserta bayaran...kalau jalan kaki, F.O.C...hehe...tapi penat gak la nak berjalan.

Aku sekeluarga pilih naik buggy....tak larat nak heret anak2, lagi2 si kecik, Zahwah.






Perkhidmatan berbasikal yg disediakan.




Di hadapan Monumen Taj Mahal, Agra, India
(Maharaja Mughal ke-5, Shah Jahan telah membina Istana Taj Mahal bagi mengenang kisah cinta abadinya terhadap isterinya, Mumtaz Mahal)



Di hadapan Monumen Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin
Untuk monumen ini, pelawat dibenarkan masuk ke dalam.
(Dibina pada tahun 692 M, di bawah naungan Khalifah Umaiyah Abdul Malik Ibn Marwan. Ia menyemadikan batu suci di atas Gunung Moriah dan untuk memperingati perjalnan Nabi Muhammmad SAW untuk bertemu Allah SWT)



Monumen Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam
(Masjid ini diberinama bersempena nama Sultan Brunei ke-28 & dibina pada tahun 1958. Ia direka oleh seorg arkitek Itali. Struktur kubah emas masjid ini adalah binaan tertinggi di Brunei)


Monumen Pattani Central Mosque, Thailand
(Dibina pada tahun 1954 semasa pentadbiran Fil Marsyal Sarit. Masjid ini menyerupai rekabentuk Taj Mahal. Ia merupakan tumpuan utama penduduk Islam Thai dan menjadi pusat untuk upacara keagamaan)



Monumen Kudus Minar, Central Java, Indonesia
(Dibina pada tahun 1549, oleh Sunan Kudus (Ja'far Shodiq). Rekabentuk masjid ini bercirikan campuran Hindu & Jawa. Paling ketara adalah menaranya yg berbentuk seperti Chandi yg biasanya ditemui di kawasan kuil Hindu)



Monumen Suleyman Mosque, Turkey
(Masjid ini dibina pada tahun 1557 M, di zaman Empayar Ottoman dalam tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman. Ia menempatkan infirmari, skolah perubatan, hospotal, kedai, penjara & tempat penyimpanan senjata)



Monumen Great Mosque of Agadez, Niger
(Masjid yang diperbuat daripada tanah yang dikeringkan dibina pada abad ke 16 pada zaman kegemilangan Agadez. Ia mempunyai menara berbentuk piramid dengan 13 baris perancah kayu untuk mengukuhkan strukturnya)



Lain2 monumen yg sempat dirakam;
Gambar atar dr kiri; Kalyan Minaret (Uzbekistan), Great Mosque of Samarra (Iraq)
& Xian Mosque (China)

Gambar bawah dr kiri; Mosque of Mohamed Ali (Egypt), Kul Sharif Mosque, Kazan (Russia)



Di hadapan Masjid Kristal.

Lain2 tempat yg kita orang pergi; Pantai batu buruk & pasar payang...
namun bagi anak2 aku nie,...dia org bukan seronok pun gi pulau wan man tu...ye la...x berapa sesuai utk budak2...bukan nya dia org faham pun..

Mujur la ade sesuatu yg menarik minat dia org bila sampai kat pantai batu buruk nie...

Keseronokan anak2ku di pantai batu buruk...


Ayu; sekali sekali berjalan memang menyeronokkan walaupun ia meletihkan...dlm kepala ni da plan lak cuti akan datang...nak ke mana yek?....ade yg nak bg cadangan?..hehe


Thursday, June 24, 2010

Cuti-cuti 2010 (bhg 1)

Salam semua, memang lama aku menyepi. Bukan apa almaklumlah bercuti, ditambah dengan malasnya nak mengedit blog nie & juga badan yg x berapa nak sihat. 2 hari lepas ambik cuti sakit...sekarang nie tengah musim demam, batuk & selsema, almaklumlah tengah musim buah-buahan. Dan aku pun tak ketinggalan turut terkena penyakit 3 serangkai nie..hehe...
Alhamdulillah, hari ni da mula kerja & badan pun da rasa ok sikit.

Cuti sekolah lepas 2 minggu, tp aku sekeluarga jln2 pd minggu ke-2 cuti. Saja kami ambil minggu ke-2, sebab aku rasa minggu pertama mesti ramai org & agak sesak. Pilihan bercuti kami sekeluarga ialah di pantai timur>>>>Kuala Terengganu.

Naik apa kami pergi?
Tentulah dengan keta resmi kami sekeluarga......Exora.


3 beradik terbaring dlm perjlnan Mersing - Kuala Terengganu. Yg kecik tu da tertidor da tu.
Ade orang kata "kete ku, tempat tidor ku"...apa2 aje lah. Dan x lupa juga yg bg cadangan, "x payah menginap mana2, tidor dlm exora pun da ok".......iya la tu...



Tengah hari, sampai di Pekan, berhenti rehat jap....si Zahwah pun da lapor nak kena bagi mkn nestum jap...sambil tu sempat pulak si abg ngan adik bergambar sakan.


Tempat penginapan kami, homestay je.....Trisya Homestay...
Ok gak tempat dia, segala keperluan ada, ruang dapur, mesin basuh, ruang tamu, cuma tempat memasak je yg x de...ok la...agak selesa. Bayarannya pun tak la mahal mana.

Sebenarnya kita org bertolak dr mersing (umah mak ayah kita org), lebih kurang lepas subuh 6.30 pg. Sampai pekan dlm kul 11.30 pagi & sampai Kuala Terengganu jam 4.30 petang...em......perjalanan yg amat memenatkan....1 hari di atas jalan sahaja....Malam tu x larat nak keluar mana2, apatah lagi ngan anak kecil, so en. hassan aje lah yg keluar belikan makanan..
Esok barulah bermula aktiviti bersiar-siar di Kuala Terengganu.

Nak tahu kami ke mana?....Tunggu la ye..citer selanjutnya...
Nie rasa mengantuk pulak lepas makan ubat batuk...So....kena rehatkan mata dulu la ye...salam.


Saturday, June 19, 2010

Cuti..cuti..cuti..

Salam semua.........
agak lama tidak mengedit blog. Bukan ape,..almaklumlah cuti sekolah nie, aku & famili cuti2 malaysia la jawabnya. Dah habis berjalan2, kami sefamili biasalah duk kampung pulak le...(buat perabis beras org tua..hehe)
So, bila bercuti nie, tak de nye aku nak bukak laptop & jln2 kat umah blogger yg lain...
Bila kat kampung pulak, emm.... si berukband aku nie pulak punya la slow, lembab giler...langsung x de mood nak bukak internet
So pd kawan2 sori ha....x sempat nak menyinggah kat umah ko org...
Nie aku nak n3 kan pasal cuti2 malaysia pun, entah biler....tak pe lah biar jadi pekasam dulu..
Hai rasa beratnya nak naik keja balik isnin nie...setelah bercuti panjang...
ok lah...n3 kali nie...just nak naik kan mood aje..hehe...salam.

Tuesday, June 8, 2010

Aku benci Israel

Salam semua...Alhamdulillah, syukur & lega rasa hati bila kesemua aktivis2 bantuan kemanusian akhirnya selamat pulang setelah ditawan oleh rejim zionis....

Dan aku sangat berbesar hati & ingin mengucapkan tahniah di atas keberanian, kesanggupan, keikhlasan mereka kerana sanggup bersabung & mempertaruhkan nyawa demi membantu keperitan & penderitaan rakyat Palestin.

Dan aku ingin sangat2 mengucapkan terima kasih kepada aktivis2 & wira2 kita ini, kerana boleh dikatakan mereka adalah pencetus segala kemarahan & kebencian yg amat mendalam di hati seluruh warga dunia terhadap kejengkilan & kekejaman bangsa Israel laknat.

Aku percaya, mungkin sebelum ini, perasaan simpati & empati warga Malaysia khususnya yg beragama Islam sangat nipis. Dan mungkin juga ada dikalangannya langsung tiada apa2 perasan yang menyetuh hati mereka, sedangkan bangsa seagama kita sangat2 menderita di sana. Ada antaranya yg mana, suami yg kehilangan isteri, anak2 yg kehilangan ibu & ayah mereka, kemusnahan segala harta benda & segalanya serba kekurangan.

Dan tidak mustahil akan keluar dr mulut2 di kalangan kita......."kenapa kita susah2 nak tolong orang2 palestin, sedangkan rakyat kita sendiri ramai lagi yang susah yg perlu ditolong".

Tolonglah...sedarlah...jangan sekali2 anda mengeluarkan pernyataan sebegitu. Susah2 kita kat sini, kita masih lagi boleh mencari sesuap makanan, keadaan negara yg aman, tiada kedengaran tembakan di sana sini, & bebas utk bergerak kemana sahaja.

Oleh itu, aku ingin juga menyeru kepada warga malaysia, khususnya yg beragama Islam, marilah kita sama2 memboikot barang2 Israel. Apa tah lagi, ada kalanya kita sanggup mengeluarkan sejumlah wang yg banyak untuk membeli sesetengah barangan keluaran mereka yg kadang2, pd aku, x masuk akal dengan harga/nilai yg tinggi, yg sanggup kita keluarkan semata utk memiliki produk mereka itu utk kepuasan semata-mata. Jom sama2 boikot. Anda boleh klik di sini utk mengetahui barangan Israel.

Kenapa kita perlu boikot barangan mereka?
Kerana setiap wang yg anda keluarkan, seolah2 anda mempunyai saham utk membeli senjata & peluru2 hidup untuk menembak saudara2 kita di Palestin.

Cuba fikirkan sejenak
....
...
..
.
.
.

Bold Coffee of the Day in a To Go cup

Berapakah wang yang anda keluarkan untuk hanya membeli secawan kopi di starbucks?

Sedangkan anda boleh dapatkan kopi yg sama pd harga yg lebih berpatutan.

Dan adakah anda pasti akan kehalalan keluaran mereka?

....
...
..
.
.
.


Tahukah anda maksud disebalik logo ini?

bucks>>>>>duit

star>>>>>Israel

DUIT UNTUK ISRAEL???????

Jadi renung2kanlah...tunjukkan keperihatinan anda terhadap keperitan warga Palestin...
Dan aku sgt harapkan agar perasaan keperihatinan kita kpd warga Palestin & Kebencian terhadap Israel akan terus ada dihati kita..


Monday, June 7, 2010

Berhati-hati tinggalkan anak dlm kereta

S
alam semua...semalam petang dlm kul 4, aku balik dr kenduri, singgah jap beli goreng pisang sebab adik ipar kata nak singgah umah aku. So, en. hassan berhentikan la keta kat tepi jln, nak beli goreng pisang tu. Depan keta kami, ade sebuah kelisa. Sebaik en. hassan turun aku dok memerhatikan seorg perempuan berdiri kat tepi pintu driver kelisa tu. Aku cam dia, nurse kat taman aku. Dalam keta tu pulak ade sorg budak dlm usia 2 tahun lebih. Aku beriya dok tengok apa yg perempuan tu tengah buat kat tepi pintu keta tu............ La, rupa2nya, nurse tu tengah bagi arahan kat budak tu suruh naikkan lock keta. Rupanya keta tu terkunci dr dlm dgn seorg budak di dalamnya. Lama juga dia bg arahan, tp si anak dlm keta tak reti nak buat. Aku yg dok dlm keta ni sementara tunggu en. hassan da cemas da...Takut la kan kalau jadi apa2.

Bila en. hassan selesai, dia terus je nak balik, tp aku suruh dia tolong tengok2kan nurse tu..... mana lah tahu ada apa2 yg boleh dibantu. En. hassan cuba bukak keta kelisa tu dr luar...memang x boleh sebab berkunci, cungkil dr cermin atas pun x boleh...cermin tertutup rapat...bg lagi arahan kat budak tu suruh naikkan lock, pun tak berjaya juga.

Akhirnya en. hassan tanya nurse tu, "husband ader kat umah tak?" Nurse tu kata "x de, tp umah x berkunci, & kunci spare ade kat umah". Ingat kalau husband dia ader kat umah, boleh la en. hassan call kan & suruh husband tu hantarkan kunci spare tu. Akhirnya, kita org & nurse tinggalkan je budak tu dlm keta, & suruh org jual goreng pisang tu tolong tengok2kan budak tu. Nasib baik umah nurse tu x jauh, bolehlah kita org hantarkan dia utk ambil kunci spare..

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga buka keta tu......Lega rasa hati. Aku x tahulah, kalau la umah perempuan tu jauh, apa nak dibuatnya?..silap2 kenala pecahkan cermin keta.

So, aku ingatkan ko org & aku juga, berhati2 bila tinggalkan anak2 dalam keta, terutama bila x de org dewasa dlm tu. Kalau boleh janganlah tinggalkan anak2 sorang dalam keta apatah lagi dlm keadaan enjin kereta tidak dimatikan.. Sekarang ni mcm2 boleh jadi.

Mungkin kita kena buat kerja lebih sikit la. Matikan enjin keta & cabut kunci keta. Kalau perlu bawa anak keluar bersama, bawalah, jgn dibiarkan mereka sorang2 dalam keta, kecuali ada pengawasan org dewasa.


Sunday, June 6, 2010

Terkejut temui lintah gergasi

MOHD. IZMAN mengukur panjang lintah yang dijumpai dalam parit Kampung Semandong, Padang Besar semalam.


PADANG BESAR - Penyelia tapak binaan, Mohd. Izman Ismail sudah lali bekerja dalam parit tetapi apa yang dialaminya di Semandong, dekat sini kelmarin pasti menjadikan dia lebih berhati-hati selepas ini.

Sewaktu turun ke dalam air bagi memeriksa kerja pemasangan parit tengah hari kelmarin, dia terdengar air berkocak dan terkejut besar apabila ternampak seekor lintah sebesar tapak tangan mengengsot ke arahnya.

"Saya ingatkan ikan, tapi lintah yang jauh lebih besar daripada lintah kerbau yang biasa saya lihat," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sumber: Kosmo

Ayu; memang geli ngan lintah, bahaya pun ya jugak, bila masuk dlm badan manusia, boleh bawa maut...so hati2 dengan lintah.

Saturday, June 5, 2010

Give away "cayang ibu"


Salam semua..
nia aku ambil peluang nak join GA "Cayang Ibu"
anjuran blog emma86
Sapa2 yang nak join GA nie, boleh lak tengok lebih lanjut
kat SINI.



Gambar ni aku ngan anak no.3 aku;

Hadifah Zahwah Binti Hassan
Tarikh lahir - 9/11/2009, (nak masuk 7 bulan)

Gambar ini diambil dlm keta rasmi
aku sekeluarga, EXORA, masa dalam perjalanan nak balik ke kampung.

Disebabkan penganjur suruh aku tag kan 5 org, so aku tag kan untuk;

jom ramai2 join GA emma.
tarikh tutup 30 jun 2010.

Friday, June 4, 2010

Kami blogger picisan menentang kekejaman israel laknat


Salam semua. Jom ramai2 kita menyokong kempen ini...bencikan Israel atas kekejaman yg mereka lakukan....kekejaman yg melampaui batas2 kemanusiaan....tiada perikemanusiaan...sgt kejam lebih dr binatang...........

Mari kita sama2 mendokan agar Allah melindungi umat Islam Palestin & juga aktivis2 bantuan kemanusiaan, semoga Allah SWT mempermudahkan urusan mereka. Amin...

Kalau boleh gantung banner ini pada sidebar blog masing-masing.
Tunjukkan yg anda menyokong kempen ini.

Terima kasih.





Kursus penasihatan akademik

Salam semua.. .2 hari aku tak bersiaran, sbnrnya kerana aku menghadiri kursus penasihatan akademik, untuk pertama kali diadakan pada tahun ini yg melibatkan semua tenaga pensyarah di setiap kolej di bawah KPYPJ.

Alhamdulillah, nampaknya kursus ini berjalan dgn agak memuaskan. Tujuan kursus adalah utk memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang penasihatan akademik di kalangan pensyarah terutama pensyarah baru.

Setiap pensyarah dikolej kami, dilantik sebagai penasihat akademik bagi membantu sekumpulan anak buahnya/pelajar dalam membimbing serta menyelesaikan masalah sama ada dalam bidang akademik mahu pun bukan akademik. Tujuannya, untuk memastikan agar pelajar di bawahnya dapat bergraduat dengan jayanya.

Selain sistem penasihatan akademik, asas kaunseling juga merupakan sebahagian silibus kursus. Ini kerana, sebagai pensyarah terutama di IPTS, mereka bukan sahaja mengajar tetapi sebagai penasihat akademik, mereka dianggap juga sebagai kaunselor, yg sedikit sebanyak berusaha menyelesaikan masalah anak2 buahnya. Maka itu, perlu jugalah didedahkan dengan asas2 kaunseling.

Dari kursus ini, ada juga sebahagian ilmu yang aku da tahu dan ada juga ilmu baru, yg aku belum tahu. Di harap, pihak majikan, akan dapat memikirkan lagi kursus yang baik untuk staf2 agar dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran. Insyaallah.

Diakhir kursus setiap peserta menerima sijil.

Dalam pada2 kursus tu, sempat lah juga aku ambil gambar yang entah apa2 nie.



Sebahagian penceramah

Menu sarapan pagi hari pertama & gula2 utk hilang ngantuk

Gambar dulu sblm melantak..hehe

Tuesday, June 1, 2010

Flotila Gaza diserang Israel


BAITULMAQDIS 31 Mei - Sekurang-kurangnya 19 terkorban dan 30 lagi cedera apabila komando Israel hari ini menyerang flotila yang membawa beratus-ratus aktivis pro-Palestin dalam misi bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza, setelah mendakwa mereka menghadapi tentangan tidak disangka-sangka ketika menaiki kapal tersebut.

Sebuah badan amal Turki menyatakan bahawa kebanyakan mangsa yang maut terdiri daripada rakyat negara itu.

Kedua-dua belah pihak memberi maklumat berbeza-beza tentang apa yang berlaku dengan rejim Zionis mengarahkan semua maklumat berhubung mangsa yang cedera atau terbunuh dalam operasi kejam itu dihalang daripada disebarkan.

Berita terkini yang diperolehi menerusi khidmat pesanan ringkas daripada konvoi Life Line for Gaza (LL4G) dari Malaysia menyatakan bahawa satu daripada enam kapal dalam misi itu, Mavi Marmara telah diserang oleh helikopter tentera Israel pada pukul tujuh pagi waktu Mekah (kira-kira pukul 12 tengah hari waktu Malaysia).

Persoalan masih berlegar mengenai nasib penerima anugerah Nobel Keamanan 1976, Mairead Corrigan Maguire dari Ireland Utara dan ahli Parlimen Eropah yang juga bangsa Yahudi yang terselamat dari Holocaust, Hedy Epstein, 85.

Sementara itu, nasib wartawan Malaysia dari saluran Astro Awani, Ashwad Ismail dan Shamsul Kamal Latip masih belum diketahui, namun enam lagi rakyat Malaysia lain berada dalam keadaan selamat.

'Flotila Pembebasan' itu menuju ke Gaza dalam misi untuk menarik perhatian dunia mengenai kepungan selama tiga tahun rejim Zionis ke atas wilayah Palestin itu selepas pergerakan Hamas mengambil alih kuasa di sana.

Kumpulan kapal itu mula menuju Gaza dari perairan antarabangsa Cyprus pada pukul tiga petang (pukul lapan malam tadi waktu Malaysia), dengan harapan dapat memasuki perairan Gaza pada waktu siang,

Enam jam selepas bertolak, tiga bot peluru berpandu Israel meninggalkan bandar Haifa untuk memintas flotila itu.

"Amat menjelikkan bila mereka naik ke atas kapal dan menyerang orang awam. Kami adalah orang awam," kata jurucakap pergerakan Free Gaza, Greta Berlin yang menganjurkan flotila itu.

Hamas hari ini turut menyeru negara-negara Arab dan umat Islam 'bangkit' mengadakan protes di hadapan Kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah tindakan pasukan tentera laut rejim Zionis Israel itu,

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengutuk serangan itu dan menyifatkannya sebagai 'pembunuhan besar-besaran' sementara Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa menyifatkan ia sebagai 'jenayah' ke atas misi kemanusiaan.

Moussa juga meminta mesyuarat tergempar diadakan bagi membincangkan tindakan yang perlu diambil oleh badan yang dianggotai 22 negara Arab itu terhadap 'tindakan pengganas' Israel ke atas flotila bantuan antarabangsa itu.

Flotila tiga kapal kargo dan tiga kapal penumpang itu mengangkut 10,000 tan bahan bantuan dan 700 aktivis yang dilarang oleh rejim Zionis seperti simen dan bahan-bahan pembinaan lain.

Ini adalah kali kesembilan pergerakan Bebaskan Gaza cuba membawa masuk bantuan kemanusiaan ke Gaza sejak Ogos 2008.

Israel membenarkan kapal seumpamanya masuk lima kali tetapi telah menarik balik kebenaran itu daripada memasuki perairan Gaza sejak serangan ketenteraan Zionis ke atas Gaza pada Disember 2008 hingga Januari 2009. - AFP/AP/Utusan


Sumber; Utusan Malaysia

P/s; Sayu rasa hati aku bila dgr berita ni semalam petang...Marilah, sama2 kita berdoa agar aktivis2 selamat dan dilindungi Allah SWT.

Related Posts with Thumbnails