Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Wednesday, March 31, 2010

Honest Scrap Award (HSA)

Berdasarkan perbincangan yang telah dibuat oleh panel2 juri Kak Yus, maka sebulat suara aku sah dan layak menerima anugerah ini - Honest Scrap Award (HSA), kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh kak yus. Betul tak kak Yus?... Apakah tugasan itu? Tugasan yang telah aku postkan pada 29 Mac 2010. Sila klik di sini

Oleh itu untuk memeriahkan lagi penulisan di kalangan blogger2, maka aku serahkan rantaian tugasan ini kepada blogger2 yang bernasib baik sahaja. Tapi ingat ye...tiada paksaan dalam tugasan ini hanya dibuat jika ada kelapangan. Blogger yang bertuah itu ialah:

1. Zaidah - Comel
2. Anor - Cheekongsejuk

Monday, March 29, 2010

Nak jawab la nie...Kak Yus Oiiiiiiiiii

Terlebih dahulu, kak yus, minta maaf la sebab lambat noooo den ni nak menjawab rantaian tugasan yang diberikan pada 16 Mac 2010. Almaklumlah banyak benor kerja hakiki yang nak dibereskan. Malam ni ambil kesempatan nak balas sebab mata tak ngantok lagi....dan esok pagi nak ke KL bengkel penilaian UTM pulak.

Apa dia soalannya?.......O....10 perkara benar tengtang diriku...alamak segan la pulak nak citer. Tapi tak pelah untuk suka-suka.

Pertama, tentulah nama ku: Ayuzarhidah Binti Sakaria. Dilahirkan di Hospital Besar Johor Bahru pada 1976. Masa tu mak dan ayah dok Estet Mount Austin. Zaman 70-an Mount Austin tu dipenuhi ladang getah ye kawan2. Bukan cam sekarang ni da dipenuhi dengan hutan batu bata.

Kedua, aku mendapat pendidikan awal di Tabika Estet Mount Austin, masa tu tahun 1982. Lepas tu famili aku dapat mendiami Felda Tenggaroh 1(1983), jadi dari darjah 1 sampai la menengah 5 aku sekolah di Tenggaroh je la. Lepas SPM, aku masuk tinggkatan 6 kat SMK Mersing 2 bulan, pas tu baru blajor kat POLISAS dlm diploma Akauntansi. Tahun 1997 masuk UUM, sambung blajor bidang yang sama.

Ketiga, aku mendirikan rumah tangga pada 25 Mei 2002, (1 hari slps hari lahirku) bersama en. hassan. Kalau yang belum tahu tu, kita orang sekampung, 1 blok, rumah hanya selang 3 buah rumah jiran...he he. Lagi satu, kita orang da kawan sejak aku tingkatan 4. dan en, hassan tingkatan 5. Tapi en. hassan tak sekolah tenggaroh. Jadi kita orang jumpa hanya cuti sekolah. en hassan selalu naik motor lalu depan umah aku, nak ngorat la tu kononya...he..he..Sehingga kini, kami da ade 3 orang cahaya mata, seorang hero dan 2 orang heroin.

Hai...........bila la nak siap nie..baru 3,

Keempat, mula bekerja di KPYPJ pada 1 Julai 2002 sebagai pensyarah. Rezeki lepas kahwin. Terpaksa tinggalkan en. hassan sorang-sorang kat Kajang sampai la en. hassan kembali ke Johor Januari 2003.

Kelima, aku sangat suka bersukan dan aktiviti lasak. Bola jaring adalah sukan yang paling aku gemari. Bermula dari darjah 5 sekolah rendah hingga menengah setiap tahun aku mewakili sekolah untuk pertandingan bola jaring peringkat daerah Mersing. Tapi sekali je sekolah kita orang dpt johan dan sekali juga sekolah kita orang mewakili daerah ke peringkat negeri johor. Begitu juga semasa di Poli dan UUM aku masih aktif bermain bola jaring mewakili blok kediaman dan kolej.

Keenam, masa sekolah rendah pakaian beruniform yang aku sertai ialah Tunas Puteri, di sekolah menengah, Pandu Puteri, di poli aku tak sertai apa2, di UUM pula aku sertai Kelana Siswa. (pengakap la tu...). Aktiviti yang aku tak bole lupa dalam Kelana Siswa ialah berjalan 40 km bermula dari Hutan Sintok UUM, ikut Bukit Tangga (kalau tak silap aku la), jumpa Changlun, balik semula UUM. Wa..masa ni memang melelas kaki...sakit betis2 ku....tapi lepas sapu minyak panas....ringan giler beb kaki, sambung balik perjalanan.

Apala lagi ek?...

Ketujuh, aku ni sebenarnya susah nak mesra dengan orang..tapi bukan sombong ye..skill komunakasi aku kurang...tapi bile da kenal..bukan main lagi.. Sebab tu la masa blajor, junior2 takut nak tegur aku, sebabnya muka aku garang. Tapi dia orang akui bila da kenal kak ayu best. (he...he...perasan la tu. masuk bakul angkat sendiri). Disebabkan muka garang aku tu..diaorang bagi aku gelaran GBSK , tapi bukan Geng Bas Sekolah ye...GBSK ialah singkatan Guru Besar Selipar Kecil. Guru besar sebab aku nampak garang. selipar kecil sebab selipar jamban aku memang kecil saiz 4. hahah...

Kelapan, berjiwa sentimental....suka dengar lagu lama2 yang mendayu2. Sebab tu kalau gi keja balik keja radio yang aku buka ialah Sinar FM. Antara lagu yang aku suka "segalanya mungkin" nyanyian kumpulan Headwind. Kalau nak tahu lagu ni aku tujukan kat en. hassan masa kita orang kawan2 dulu.

Kesembilan, aku ni tak la pandai sangat memasak...sebabnya bila mak memasak aku dok tolong tengok je....bila blajor, dok sendiri..(rumah sewa la tu)... barula berjinak2 memasak. Masak2 biasa tu boleh la, tak la teruk sangat. Sekarang ni aku suka sangat kumpul resepi dari internet...ade yang dah cuba buat dan ade yang belum. Kadang2 tu aku takla ikut sangat resepi tu...main campak aje...mcm kata kak yus dlm blog dia...betul tak kak yus?

Terakhir, kesepuluh, memandu kereta. Aku dah ade lesen kereta sejak tahun 1997, lepas diploma. Tapi aku bawa kereta secara aktif bermula 2008, itu pun sebab en. hassan dapat KPLI..tak de orang nak hantar aku pergi kerja. Tapi masa kat UUM sekali sahaja aku drive ke Bukit kayu Hitam...itupun atas desakan kawan2, sebab yang lain tak de lesen. Namun begitu...aku cuma tahu jalan gi keja, balik keja...untung en. hassan,..sekurang2nya bini dia tak pandai nak menyimpang ke lain..ha..ha...ye ke?......

Ok, la kak yus..panjang lebar da ni..jam pun da ke pukul 1.00 pagi. Aku sanggup bersengkang mata nak menjawab engko punya tugasan ni..Agak2 boleh tak aku dapat HSA (honest scrap award) ko tu?...

Wednesday, March 24, 2010

Penyakit lupa

Tak tahu la kenapa, penyakit lupa aku semakin menjadi-jadi. Sehingga ke hari ini, beberapa kali, lupa tentang kunci (tak kira la kunci rumah ke, kunci kereta ke @ lain-lain).
Pagi tadi aku dan en. hassan tercari2 kunci kereta yang selalu aku bawa pergi kerja...Aku fikir kunci tu ada di atas meja tempat yang selalu aku letak...dan sangkaan ku en. hassan telah mengambilnya....tetapi sangkaan ku tidak benar.

Yang aku hairankan macam mana en.hassan boleh bawa masuk beg sekolah zahrah dan laptop ke dalam kereta tu?...adakah kereta itu tidak berkunci? Aku pun pergi tengok......sah kereta tu memang tak berkunci sepanjang malam dan yang paling tragisnya............kunci masih terlekat ditempatnya dalam kereta tersebut....toing..toing..toing....hai ini kes memang nak bagi orang bawa lari kereta senang-senang je. Alhamdulillah, syukur, mujur peristiwa buruk itu tak berlaku. Allah SWT masih nak selamatkan kereta aku dan sebagai pengajaran kepada aku dan suami.

Peristiwa pagi ini mengingatkan aku kes 8 tahun yang lalu...pasal kunci rumah pulak, masa tu baru kahwin, anak pun belum ade lagi dan ketika itu kita orang duduk di Kajang. Kes ini berlaku selepas kita orang balik dari pasar malam. Aku yang buka pintu rumah dan terlupa nak cabut kuncinya. Sepanjang malam kunci tu terlekat pada tombol pintu di luar. Akibatnya.....rumah kita orang kena samun...handphone, duit habis lesap, tanpa kami sedari. Kami sedar keesokan paginya. Yang bestnya penyamun tu boleh letak kunci kereta iswara kita orang kat luar, parking baik punya atas selipar en. hassan....hu...hu...

Kebanyakan orang berpendapat, penyakit lupa berkait dengan amalan yang kita lakukan, mungkin banyak amalan yang tidak baik yang dilakukan, maka makin banyak lah yang kita lupa. Namun begitu, penyakit lupa adalah fitrah bagi manusia. Seharusnya kita perlu saling ingat mengingati antara satu sama lain.

Mungkin doa penyakit lupa ini boleh diamalkan. Insyaallah, agar penyakit lupa kita berkurang.


Monday, March 22, 2010

Sukan Tarik Tali - Sekakap Mersing

Rasa malas bebenor nak edit blog ni...apa tak nye almaklumlah sibuk menjalankan tugas hakiki di kolej ni. Minggu lepas baru siap Markah Kerja Kursus 1 budak2 diploma.

Hari ni badan masih terasa sengal2 akibat Hari Jalinan Korporat KPYPJ di OBS Sekakap Mersing - 19 & 20 Mac yang lepas. Selepas habis pandang 2 bulan lepas, ini pertama kali melibatkan diri dgn aktiviti lasak..."TARIK TALI". Akibat tidak buat regangan terlebih dahulu, kedua-dua kaki ku kekejangan...Alhamdulillah masih boleh lagi berjalan, tak la terlalu teruk sangat dan dapat juga bersama-sama makan malam extravaganza....

Untuk acara tarik tarik, badan aku ni kecil je, tapi nak buat cam mana, semua ahli kumpulan aku kecil2 belaka, tak mustahil kumpulan kita orang kalah..(memang kalah pun), walaupun rasanya aku dah keluarkan kesemua tenaga.

Teknik permainan ini sebenarnya terletak pada 3 elemen iaitu: penempatan pemain, kekuatan tarikan - tangan dan pertahanan tumpuan kaki di tanah. Dan biasanya sesiapa yang mempunyai kekuatan paling kuat akan ditempatkan di hujung tali agar dapat menahan hujung tali ketika bertahan atau menghentak pada saat penarikan. Sebab tulah biasanya kita tangok, orang yang paling hujung tu mesti badannya besar2 belaka.

Sebenarnya aku tak lah pandai sangat bermain permainan ini. Bila masa nak bertahan & bila masa nak menarik, sepatutnya perlulah dibuat secara seragam dengan ahli2 kumpulan. Walau bagaimanapun aku rasa sukan ini memang menyeronokkan. :))

Tu dia...sekadar gambar hiasan....jangan marah en. saiful ye..


Ahli kumpulan memberi sokongan kepada kumpulan mereka.


Menunggu giliran untuk tarik tali....eik?...mak buyung sorang
tu nak tarik tali juga ke?

Related Posts with Thumbnails