As salam. Biasanya kalau hari2 kerja, x dapat la ku nak buat menda2 nie, kecuali hari cuti, sabtu ahad je. Tapi isnin lepas, dpt la aku membuatnya coz abang long ngan zahwah, aku da diposkan ke kampung kecuali kak ngah. En hassan lak malam tu x de, ade jamuan makan malam di persada. Apa lagi boring2 ngan kak ngah, aku pun menenyeh la buat kek simple nie.
em...masalahnya bila tengok adunannye mcm sikit je, tp aku x de la pulak acuan kecik, terpaksa la guna acuan yang sedia ade tu, jadi aku punye kek nie tak tebal, nipis je...Apa2 pun jadi jugak la, rasanya ok juga. Resepi ni aku ambil dr saraji@myresipi.com. Cuma aku buatkan warna-warni, nak bagi cantik. Resepi asal boleh lihat DI SINI.
Bahan-bahan;
- 1 1/2 cawan gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh sodium bikarbonat
- 1/2 cawan butter
- 1/2 cawan gula biasa kastor pun boleh
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1/2 cawan susu segar
- Telur 2biji
- 3 pewarna kegemaran
Cara-cara;
- Ayak gandum,serbuk penaik,sodium bikarbonat sebanyak.
- Panaskan oven 170C dan sediakan tin pembakar.
- Pukul gula dan butter hingga kembang.
- Masukan telur satu demi satu dan pukul hingga kembang.
- Masukan esen vanilla, masukkan gandum selang seli dengan susu segar.
- Setelah sebati, bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan warna kegemaran.
- Masukan dalam tin pembakar secara berselang seli atau mengikut kreatif anda.
- Masak selama 40 minit. Hidangkan untuk makan petang

bestnya..
ReplyDeletekalau bakar kek ni guna api atas bawah ke or bawah sahaja?.. baru nak berjinak
ALL IN ONE
nur; tq singgah sini. ayu bakar atas & bawah.
ReplyDeleteAyu, memang suka makanan aka kek yg wane-wani ya.. hehe
ReplyDeletekak yus; hehe...kek warna-warni kan cantik & membuka selera...rasa kemudian cerita..hehe bole gitu kak yus.
ReplyDelete