Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Tuesday, July 14, 2009

Natrah - sensitiviti menegakkan akidah Islam

Siapa kah Natrah? Dia adalah Nadra Maarof atau nama belanda Bertha Hertogh (1937-2009) adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.

Baru2 ini kita dikejutkan dengan kematian beliau
pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda.

Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia pada 24 Mac 1937. Tetapi pada Disember 1942, ketika berusia 5 tahun, beliau telah diserahkan kepada Che Aminah untuk dipelihara. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Semenjak itu, Natrah dididik dengan ajaran Islam dan adat melayu.

Perebutan berlaku apabila bapanya telah dibebaskan. Dan akhirnya kemenangan di pihak bapanya dengan sebab Natrah telah dikahwinkan pada usia 13 tahun. Di mana menurut undang2 Belanda, remaja di bawah umur 16 tahun tidak boleh dinikahkan dan ia berlaku di Singapura yg mengamalkan undang2 British. Dia dibawa pulang ke Belanda dan dimurtadkan yg akhirnya mencetuskan rusuhan di Singapura pada 12 Disember 1950, yg mengakibat 18 kematian dan 173 cedera.

Inilah semangat ke-Islaman yang tertanam dalam diri seorang muslim pada ketika itu, walaupun, tiada kemudahan telekomunikasi yg canggih, berita kemurtadan Natrah begitu cepat tersebar. Orang2 seperti
Karim Ghani, Dr Burhanuddin al-Helmy dan ramai lagi orang Islam yg lain sanggup bermati-matian dalam menegakkan akidah seorang budak kecil. Namun pada masa kini isu kemurtadan yg sering kita dengar dianggap bukan isu yang sensitif, malah ada pula pihak yang memperjuangkan kewajaran murtad itu atas tiket kebebasan beragama, seperti kes Lina Joy (Azlina Jailani).

Kalau dulu kita dijajah oleh bangsa asing, namun masih ada insan yang bersuara untuk menegakkan tunggak agama, namun hari ini, walau sudah tidak dijajah, tiada suara-suara kedengaran. Semoga Allah menyelamatkan kita semua daripada musuh-musuh Islam. Amin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails