Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Friday, May 7, 2010

Demam sukan YPJ

Salam semua, sejak beberapa hari ni aku sibuk training utk sertai sukan YPJ. Setiap hari aku & staf yg terlibat dgn acara diberi pelepasan 2 jam untuk buat latihan bermula 8-10 pg...tp kadang2 terlajak gak sampai ke pukul 11 pg. Apa taknya, bukan 1, malah 2 acara aku masuk; netball & pantanque.

Biasanya sukan ini dibuat 2 tahun sekali...utk pemilihan ke PESAYA (Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se Malaysia) tahun depan ....Tahun depan giliran tuan rumah PESAYA ialah Sabah. Tentu ramai staf yg nak gi...almaklumlah naik 'belon'.

Sempat gak lah ambil gambar masa tgh training....

pantaque

yg tgh duduk tu training ke melepak?



pasukan takraw

Untuk hari ni da bermula acara pertama, bowling kat Dangan City Mall....Pantanque pulak ahad ni kat Kompleks Belia & Sukan Larkin bermula 8.30pg hingga selesai..Netball pulak minggu depan bermula 15-16 mei.
Sape2 rasa nak buang masa, boleh la dtg bagi sokongan...terutama kat staf2 KP yang x join apa2 acara tu.....mcm COMEL, ALAM SARI ...hehe...jgn marah ye...


Thursday, May 6, 2010

Kontes Ibu Kaulah Sumber Inspirasiku

Salam semua. aku nak try gak join contest yg dianjurkan oleh pn. zai kita...COMEL , sempena hari ibu nie.

Mak, kau adalah sumber inspirasiku...
Mak, kau adalah insan yang sangat bermakna dalam hidupku,
tanpa mak, aku tak tahu adakah aku akan berdiri seperti sekarang ini.
Kau adalah insan yang tak pernah mengenal jemu & putus asa dalam
mendidik aku dan empat lagi anak2 mu.
Kenakalan aku dan adik2 sentiasa kau layani dengan penuh kesabaran.
Di saat ini aku tidak tertahan, lantas berlinangan air mataku mengenangkan pengorbananmu membesar & mendidik aku adik beradik. Ingat aku 30 tahun yang lepas, keengganan aku untuk menolong mu, hanya untuk membuang sampah di belakang rumah. Lalu kau memeluk aku...lantas berkata "long, mak sayang along"....Lihatlah betapa sayangnya kau pada ku, walaupun aku enggan menurut kata2mu...
Namun, aku sedar jiwa yang sabar, kelembutan kata-katamu, akhirnya aku akur dengar perintahmu....dan aku akan akur dan menyayangi mu sehingga ke akhir hayatku.
Along sayang mak.



kelembutan wajah mak...bersama cucu tersayang Zahrah


Mak, aku & adik beradik perempuan; Za & Uda.



Tag dr Mama Najlaa

Hari ni je aku da kena tag oleh erin dan lela. Emmmm buat ayat dari huruf a - z...aku try buat le ye...saja2 nak buang masa.


a ayuzarhidah namaku

b budak skema masa belajor dulu..hehe
c comel2 anak2 aku

d duduk umah time2 cuti, itu yg aku suka

e e...sekali sekali suka gak jalan2

f fafau, pengacara yg aku suka

g glamour ke fafau tu? eh..apa taknye mestila

h hadif & hadifah nama depan anak2 aku

i ikan keli kesukaan aku.

j janji.....kalau sapa2 janji ngan aku mesti tunai kan tau..kalau tak...

k kenduri kahwin aku 26mei2002

l lecturer kat kolej swasta je...

m minum ape bes kalau pagi2?....teh tarik la, apa lg?

n nasi goreng pg2 ok gak..

o Ooooo...........anak aku suka sebut, mcm tak tahu

p pantanque, sukan baru kegemaran aku

q quei...entah ape2 lah

r reti drive...bila en hassan sambung blajor, kalau tak en. hassan la driver aku

s san panggilan kawan2 en. hassan utk en. hassan la

t tolong menolong amalan yg mulia..
u uuuuuuuuuuuu.....kadang2 org panggil aku panjang sebutan yu tu.

v van...tak suka lah naik

w wang mesti ade

x x-ray bila time nak daftar masuk u je

y yang....panggilan en. hassan utk aku je..

z zarhidah, zaili, zaliyanah, zainal & zakiah.........nama adik beradik aku mesti ada z,
walaupun nama ayah kita org Sakaria...hehe..bukan Zakaria.

Skrg tugas aku lak men tag, sape yg kena??????????

Tuesday, May 4, 2010

Vandalisme..angkara siapa ni?

Salam semua. Tempat kerja aku skrg tgh sibuk buat latihan sukan untuk sukan kolej bermula sabtu ini. Cuma yg menarik utk aku n3 hari ini,...pasal vandalisme dekat tempat yang selalu kita orang training. Tengok lah gambar kat bawah ni....Siapa lah yang punye kerja agaknya?



Sebenarnya padang ni bukan kolej kita orang punya, majlis yang punya. Aku pun x faham apa tujuan majlis buat padang nie? Adakah untuk hiasan semata mata atau untuk kegunaan orang awam? Kalau setakat buat tapi tidak boleh digunakan...tak de makna nye.

Sebab apa aku cakap cam tu? Cuba ko orang tengok gambar kat bawah pulak....



Ha....nampak tak?...macam mana la dawai tu x kena potong....dimangga rupanya pintu tu....maknanya x leh masuk la. Tapi jgn salah faham ye...bukan staf kita org yang buat...ini kerja budak2 kampung kat area situ.

Cuba la ko org fikir, kalau la pintu tu tak dikunci, berlaku ke kes potong dawai nie?...kalau la kata tak boleh masuk...tak de pulak ditulis "dilarang masuk tanpa kebenaran" dan satu lagi x de pulak kat situ dinyatakan prosedur atau no. telefon org yang boleh dihubungi, andai kata ade orang awam nak gunakan padang nie.

Tapi utk pengetahuan ko orang hari pertama, ke2 kita org training, pintu tu tak berkunci tau....masuk hari ke3...da berkunci & dawai pun sudah dipotong...hari ni aku training...lubang tu makin bertambah besar.

Jadinya kalau dibina untuk orang awam, apalah salahnya, bagi je lah....tak payah la nak kunci2. Tak pun, bg tahu la cam ne nak guna padang tu...kena bayar ke? apa ke? tak gitu? Ko org rasa cam ne pulak?



Monday, May 3, 2010

Kak ngah - balik dr klinik..

Salam.. aku ngan en. hassan baru balik dr bawa Zahrah dr klinik. Kita org gi klinik yg biasa kita org pergi kat taman teratai nie...

Ha...ini dia ubat2 yg kak ngah kena makan. Balik terus je aku bg dia...aku tahu, tgk cara dia telan ubat tu, dia cam x suka je ngan rasa ubat klinik nie....nak dibandingkan ngan panadol perisa strawberry tu. Aku takut je kali ke-3 terus x nak makan ubat ni...


Biasala anak2 aku kalau bab mkn ubat x pernah nye nak habis. Doktor bagi 3 ubat je; selsema, demam & antibiotik. Walaupun, aku tgk kak ngah x de selsema, tp dok kata dia jenis selsema dalam...yg x kuar melalui hidung...selsema jenis ni lagi jahat...dok mengumpul kahak lama2.

Hai..kak ngah..cepat2 la sembuh...harap2 esok pagi bole la gi sekolah & ibu pun dapat la training netball & pantenque. Amin...Amin..


Kak ngah demam pulak

Salam semua...pagi nie gi keja terpaksa la aku bawa sekali kak ngah....aku x hantar dia gi sekolah, sebabnya demam...baru mula semlm....belum sempat lagi nak gi klinik...nampaknya ptg ni kalau x ok gak kena gi klinik gak.....

Aku pulak, ingat nak ambil cuti...tapi x dpt la sebab , da janji ngan budak2 nak buat test 3....terpaksa lagi gi keja gak...buat sementara ni aku dok tuam ngan air je & bagi ubat panadol suspension je......

Sblm ni, masa dia sihat, sibuk kata dia demam...sebabnya sibuk nak rasa ubat demam adik dia, Zahwah...ubat budak2 kan manis...tu yg sibuk nak rasa...aku bagi la sikit. Ha skrg ni baru demam betul2....ha makan la ubat.....


tgh dituam

kak ngah berehat kat surau ofis aku..

Sunday, May 2, 2010

Award lagi.....


Kali ni aku dapat award lagi...
dari ezreen

comel teddy bear ni.

tq, ezreen..kalau ader lagi bagi lah lagi ye..

tapi cam biasala, nak award ni ader le pengerasnya hehe...
apa dia pengerasnya?

1.Copy award nie macam dapat grammy award - siap

2.Beri tahu siapa dan link pemberi award ini - siap

3.Tajuk pos mesti ada 5 dan kena jawab 10 soalan dgn setiap 1 soalan mesti ada 5 jawapan
-i will try my best my dear friend

4. lima nama panggilan orang panggil anda (five name that people call you)
ayu - panggilan biasa kawan2 sebaya @ yg lebih tua dari aku
kak ayu - panggilan adik2/kawan2 yg lebih muda dr aku
along - panggilan dr adik beradik aku
pn. ayu - penggilan dr pelajar2 aku
yang - panggilan spesel dr my. en hassan

5. lima tarikh penting dalam hidup anda (five important dates in your life) --tapi aku bagi 6 kat sini..bole?
24/5/1976 - besday aku la & juga ayah aku
2/9/1957 - besday mak aku
3/12/1975 - besday en. hassan
25/5/2002 - tarikh aku ngan en hassan disatukan
21/10/2003 - besday abng long
27/11/2006 - besday kak ngah
9/11/2009 - besday zahwah

6. lima perkara yg telah anda lakukan semalam
1. mengemas bilik
2. lipat kain
3. basuh bilik air
4. melayan jiran sebelah...dia tumpang umah aku jab sbb umah dia berkunci,
dia baru balik dr kursus
5. layan AIM kat ntv7...sambil kemas brg budak utk esok

7 lima cara untuk hepi..hepi..i like (five ways to be happy)
1. main ngan zahwah...
2. peluk budak bulat....si zahrah
3. dapat gi jalan2 dgn en. hassan ngan anak2
4. hepy sgt kalau anak2 aku ringan tulang...tak yah ckp, boleh
buat kerja.
5. hepy sgt kalau anak2 murid aku hargai apau yg da aku bagi kat dia orang

8. lima cerita kegemaran (five favourite movies)
1. family....cam mlm td aku tengok
2. citer kelakar
3. citer penyiasatan cam CSI
4. Kartun..layan jugak cam Upin & Ipin
5. yg berinfo...cam Majalah 3

6. lima hobi yg paling suka
1. mengemas
2. membaca
3. bersukan
4. mendengar radio
5. melayari internet

7. lima orang yang anda suka (five favourite people)
1. mak
2. ayah
3. anak2
4. adik beradik
5. kawan2

8. lima tempat yang disukai bila bercuti(five favourite places for vacation)
1. balik kampung umah mak aku la
2. balik bukit gambir - umah atok en. hassan
3. kawasan pantai
4. kawasan tanah tinggi, cam cameron highland
5. Bandar melaka, kg belah ayah aku

9. lima sebab nape anda jawab servey nie (five reason you answer the servey).
1. tak nak hampa kan kawan aku....erin
2. menambah-nambahkan n3
3. saje...boleh buang masa.
4. nak berkongsi rasa
5. supaya aku boleh tag orang lain pulak...hehe

10. lima orang yang hendak anda tag (five person to tag)..hik..hik..mari kita lihat sape yg kena
1. erin
4.ena

Related Posts with Thumbnails