Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Wednesday, March 24, 2010

Penyakit lupa

Tak tahu la kenapa, penyakit lupa aku semakin menjadi-jadi. Sehingga ke hari ini, beberapa kali, lupa tentang kunci (tak kira la kunci rumah ke, kunci kereta ke @ lain-lain).
Pagi tadi aku dan en. hassan tercari2 kunci kereta yang selalu aku bawa pergi kerja...Aku fikir kunci tu ada di atas meja tempat yang selalu aku letak...dan sangkaan ku en. hassan telah mengambilnya....tetapi sangkaan ku tidak benar.

Yang aku hairankan macam mana en.hassan boleh bawa masuk beg sekolah zahrah dan laptop ke dalam kereta tu?...adakah kereta itu tidak berkunci? Aku pun pergi tengok......sah kereta tu memang tak berkunci sepanjang malam dan yang paling tragisnya............kunci masih terlekat ditempatnya dalam kereta tersebut....toing..toing..toing....hai ini kes memang nak bagi orang bawa lari kereta senang-senang je. Alhamdulillah, syukur, mujur peristiwa buruk itu tak berlaku. Allah SWT masih nak selamatkan kereta aku dan sebagai pengajaran kepada aku dan suami.

Peristiwa pagi ini mengingatkan aku kes 8 tahun yang lalu...pasal kunci rumah pulak, masa tu baru kahwin, anak pun belum ade lagi dan ketika itu kita orang duduk di Kajang. Kes ini berlaku selepas kita orang balik dari pasar malam. Aku yang buka pintu rumah dan terlupa nak cabut kuncinya. Sepanjang malam kunci tu terlekat pada tombol pintu di luar. Akibatnya.....rumah kita orang kena samun...handphone, duit habis lesap, tanpa kami sedari. Kami sedar keesokan paginya. Yang bestnya penyamun tu boleh letak kunci kereta iswara kita orang kat luar, parking baik punya atas selipar en. hassan....hu...hu...

Kebanyakan orang berpendapat, penyakit lupa berkait dengan amalan yang kita lakukan, mungkin banyak amalan yang tidak baik yang dilakukan, maka makin banyak lah yang kita lupa. Namun begitu, penyakit lupa adalah fitrah bagi manusia. Seharusnya kita perlu saling ingat mengingati antara satu sama lain.

Mungkin doa penyakit lupa ini boleh diamalkan. Insyaallah, agar penyakit lupa kita berkurang.


Monday, March 22, 2010

Sukan Tarik Tali - Sekakap Mersing

Rasa malas bebenor nak edit blog ni...apa tak nye almaklumlah sibuk menjalankan tugas hakiki di kolej ni. Minggu lepas baru siap Markah Kerja Kursus 1 budak2 diploma.

Hari ni badan masih terasa sengal2 akibat Hari Jalinan Korporat KPYPJ di OBS Sekakap Mersing - 19 & 20 Mac yang lepas. Selepas habis pandang 2 bulan lepas, ini pertama kali melibatkan diri dgn aktiviti lasak..."TARIK TALI". Akibat tidak buat regangan terlebih dahulu, kedua-dua kaki ku kekejangan...Alhamdulillah masih boleh lagi berjalan, tak la terlalu teruk sangat dan dapat juga bersama-sama makan malam extravaganza....

Untuk acara tarik tarik, badan aku ni kecil je, tapi nak buat cam mana, semua ahli kumpulan aku kecil2 belaka, tak mustahil kumpulan kita orang kalah..(memang kalah pun), walaupun rasanya aku dah keluarkan kesemua tenaga.

Teknik permainan ini sebenarnya terletak pada 3 elemen iaitu: penempatan pemain, kekuatan tarikan - tangan dan pertahanan tumpuan kaki di tanah. Dan biasanya sesiapa yang mempunyai kekuatan paling kuat akan ditempatkan di hujung tali agar dapat menahan hujung tali ketika bertahan atau menghentak pada saat penarikan. Sebab tulah biasanya kita tangok, orang yang paling hujung tu mesti badannya besar2 belaka.

Sebenarnya aku tak lah pandai sangat bermain permainan ini. Bila masa nak bertahan & bila masa nak menarik, sepatutnya perlulah dibuat secara seragam dengan ahli2 kumpulan. Walau bagaimanapun aku rasa sukan ini memang menyeronokkan. :))

Tu dia...sekadar gambar hiasan....jangan marah en. saiful ye..


Ahli kumpulan memberi sokongan kepada kumpulan mereka.


Menunggu giliran untuk tarik tali....eik?...mak buyung sorang
tu nak tarik tali juga ke?

Tuesday, February 23, 2010

Kenapa EXORA ? dan bukan yang lain?

Post sebelum ini, aku dah pun umumkan berita gembira........impian en.hassan tercapai. Dan kali ini aku nak post kan pulak kenapa kami memilih MPV Ezora dan bukan yang lain. Ini adalah berdasarkan kajian yang telah en. hassan buat setelah menilai dan membuat perbandingan dgn MPV2 yang lain.

Berbaloi dengan harga dan kemudahan yang ada.

PROTON EXORA 1.6 AUTO
Engine CPS,4 CYLINDER,DOCH,16V
HARGA RM 71,948 METALIC COLOUR M-LINE
DILENGKAPI AKSESORI TERKINI :

Keselamatan ?
*Dual Air Bags with Pre-tensioner Seatbelt
*ABS with EBD + Bach up EBD * Immobilizer System
*Central Door Lock * Reverse Sensor

Aksesori Tambahan ?
*Radio with CD,MP3 Player,WMA, Bluetooth
*Front & Rear Power Window * Electric-Remote Side Mirrow *Driver's Height Adjuster * Steering Wheel with Audio Switches.

H-line : 8 tambahan aksesori
* Leather Seat & Door Trim Finishing
* Front Fog Lamp * Rear Spoiler
* Front Seat Armrest * Cruise Control
* GPS-Navigator System
* DVD/LCDmonitor with SD/MMC slot & USB Port
* Tinted Glass

BODY CONTROL MODULE (BCM)

1. Sistem Immobilizer
*Kunci transmitter yang sah saja dapat menghidupkan enjin Exora. Terdapat alat penerima antenna khas di silinder

2. Isyarat Bateri Transmitter
*Petunjuk Aras Bateri Transmitter terdapat pada panel meter untuk kemudahan pemandu mengetahui kadar kekuatan bateri transmitter. Jarak guna transmitter untuk membuka / mengunci / panic kenderaan ialah di antara 20-45 meter.

3. Pencari Kenderaan (Vehicle Search)
*Tekan butang “Lock” sebanyak 2 kali.
*Operasi : Semua lampu signal akan berkelip 3 kali beserta bunyi “beep” akan kedengaran untuk membantu mengesan lokasi kenderaan anda.

4. Kekunci Pintu Pemandu (Driver Door Unlock (DDU)
*Untuk membuka kunci pintu pemandu dulu diikuti dengan pintu-pintu yang lain.
*Pastikan kesemua pintu telah dikunci dengan operasi transmitter.
*Anda perlu menekan butang buka & kunci pd masa yang sama selama 2 saat sehingga lampu kecemasan berkelip 2 kali. Mode pembukaan pintu telah berubah

5. Lindungan Actuator (Actuator Heat Protection)
*Punat pintu akan terhalang secara automatik selepas suis kunci ditutup / dibuka sebanyak 30 kali secara berterusan. Ia akan kembali normal selepas 20 saat.

6. Peringatan Pintu Kenderaan (Vehicle Door Ajar Reminder)
*Untuk pintu pemandu dan penumpang depan yang tidak tutup sempurna, “door actuator” akan terbuka semula apabila transmitter digunakan untuk mengunci (Lock) tanpa bunyi amaran beep.
*Sekiranya pintu belakan kenderaan, ‘tail gate’ dan bonnet depan tidak ditutup dengan sempurna pada masa transmitter ditekan (Lock), akan kedengaran berbunyi beep sebanyak 5 kali dan kenderaan akan dikunci (armed) secara automatik selepas 10 saat.

7. Memori Penggera Keselamatan
*Simbol pintu renggang (Door Ajar Indicator) akan nyala berkelip-kelip untuk menunjukkan bahawa terdapat aktiviti pencerobohan pada pintu, ‘bonnet’ atau pun di tailgate’ kenderaan
*Untuk reset memorinya, masukkan kunci ke silinder kunci, (On & Off) dan ‘Door Ajar Indicator’ akan kembali sediakala (reset).

8. Lampu Bantuan Kabin (Courtesy Room Lamp)
*Lampu kabin akan menyala secara automatik selama 30 saat selepas enjin dimatikan.
*Ia membantu pemandu & penumpang keluar dari kenderaan dalam suasana yang gelap.

9. Lampu Kabin Malap Secara Beransur (Room Lamp Auto Diming)
*Keterangan lampu dalam kenderaan akan bertambah atau berkurang secara beransur-ansur.
*Ia memberi keselesaan untuk penglihatan.

10. Penjimat Bateri (Battery Saver)
*Kesemua lampu kabin yang dibiar menyala untuk tempoh yang lama akan tertutup secara automatic selepas terpasang lebih dari 20 minit.

11. Lampu Bantuan Luar Rumah (Follow Home Lamp)
*Fungsi ini membenarkan lampu hadapan menyala selama 30 saat untuk membantu pemandu membuka kunci rumah dalam kegelapan.
*Operasi : Pemandu perlu membuka dan menutup ‘suis lampu hadapan’ (dlm tempoh 10 minti) setelah enjin kereta dimatikan dengan kadar segera.

12. Pengelap Cermin Kawalan hadlaju (Intermittent Wiper)
*Kelajuan selaan dapat diprogramkan dari 2-25 saat (default:4.5 saat)
*Operasi : Tutupkan suis pengelap cermin sebelum pengelap cermin tersebut kembali ke posisi asal dan kira masa berapa saat operasi diperlukan sebelum memasangkannya semula.
*Pengelap Cermin akan mengikut selaan masa terbaru seperti yang telah ditetapkan oleh pemandu.

13. Fungsi Pengelap Air Lelehan (Drip Wiping)
*Semasa pencuci cermin hadapan atau belakang digunakan, pengelap cermin akan berfungsi secara automatik untuk mengelap lelehan air yang berlebihan.
*Operasi : Mengelap sebanyak sekali dalam masa 5 saat selepas pencuci cermin digunakan.

14. Pengelap Cermin Belakang Automatik (Auto Rear Wiper)
*Pengelap cermin belakang akan berfungsi secara automatik apabila gear mengundur diaktifkan.
*Operasi: Pengelap belakang akan mengikut kelajuan pengelap cermin hadapan pada kelajuan Selaan (Intermittent) dan Sederhana sahaja (Medium Speed)

15. Perubahan Halaju Pengelap Cermin (Speed Sensitive Wiper Operation)
*Pengelap cermin hadapan bertukar daripada kelajuan ‘Perlahan’ kepada ‘Selaan (Intermittent Wiping’) apabila kenderaan diberhentikan di lampu isyarat jalan atau bergerak perlahan.
*Memanjangkan jangka hayat pengelap cermin.

16. Lampu Kecemasan Penurunan Halaju (Hazard Decelaration)
*Lampu kecemasan akan menyala sekiranya terdapat aktiviti brek secara mengejut pada kelajuan lebih daripada 96km/j.

17. Kemudahan Signal Memotong (Lane Changing Assist)
*Hanya dengan sekali sentuhan (menekan secara perlahan tanpa tersangkut) pada suis signal, lampu signal akan berkelip sebanyak 3 kali.

18. Pembukaan Kunci Pintu Kemalangan (Crash Unlock)
*Sekiranya berlaku kemalangan sehingga menyebabkan beg udara dikeluarkan, semua kunci pusat (central lock) akan terbuka secara automatic (auto unlock) dan lampu kecemasan akan menyala.

19. Kunci Halaju (Speed Auto Lock)
*Kesemua pintu akan terkunci secara automatik pada kelajuan 20km/j.
*Bunyi beep akan kedengaran sekiranya ada pintu yang tidak tertutup rapat pada kelajuan 7km/j.

20. Pembukaan Kunci Auto (Auto Door Unlock)
*Kesemua kunci pintu akan terbuka secara automatik apabila kunci dikeluarkan daripada silinder kunci kenderaan.
*Kesemua pintu tidak boleh dikunci sekiranya pintu hadapan tidak ditutup sepenuhnya.

Sunday, February 21, 2010

Akhirnya.............:))

Akhirnya apa yang diidam-idamkan oleh en. hassan tercapai jua. Sebelum ini post bulan April 2009, aku uploudkan gambar2 kenderaan idaman en. hassan. Sebenarnya gambar2 tu aku ambil dari dia. Dia dah study dan berdasarkan kajiannya itu, MPV terbaik untuk kami sekeluarga adalah..............EXORA. Alhamdulillah, akhirnya pada 17 Feb 2010, kita orang dah dapat MPV tu (kurang dr 10 hari tempahan dibuat)


Exora putih idaman en. hassan



Hanya tinggal kenangan................

Kereta yg banyak berjasa, dijual untuk buat deposit.


Thursday, February 4, 2010

Majlis kesyukuran Zahwah & Nur

Bila cuti semester bermula, terasa sibuk sehingga nak berblog pun tak sempat. Bulan lepas, 16 Januari, keluarga aku di kampung sempat buat majlis kesyukuran kerana selamatnya mak dan ayah aku balik dari menunaikan haji. Majlis ini juga untuk melahirkan kesyukuran atas kehadiran dua cucu baru mereka, iaitu Hadifah Zahwah dan Nur Afiqah Zulfa. Sungguh meriah majlis, selepas bacaan yassin, disambung pula dengan bacaan berzanji dan marhaban.

Ini bukan majlis cukur jambul. Ini kerana dalam Islam amalan cukur jambul tidak wujud, yang ada ialah rambut bayi itu dicukur sehinggan botak apabila usianya 7 hari. Dan rambut itu hendaklah ditimbang mengikut nilai emas atau perak. Kemudian disedekahkan kepada fakir miskin.

Sebagai mana Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi).

Oleh itu, rambut Zahwah telah dicukur pada hari ke-5. Dan setelah ditimbang, nilainya ialah RM188, emas. Itu pun rambut Zahwah tak lah lebat mana.

Berkenaan dengan amalan cukur jambul, di mana hanya sebahagian sahaja rambut dicukur, dan bukan keseluruhannya, sebenarnya ia adalah amalan atau tradisi masyarakat hindu. Jadi aku harap, orang Islam tidak terkeliru antara amalan bercukur dengan cukur jambul. Sesetengah ulama menyifatkan amalan cukur jambul sebagai bidaah dan khurafat.




Wednesday, January 13, 2010

Zahrah pula ke sekolah

Hari ini, masuk hari ke-3, Hadifah Zahrah sekolah tadika di YPJ. Walau pun umur dia baru masuk 3 tahun sebab lahir hujung tahun, tapi semangatnye ke sekolah amat membanggakan aku. Cuma dia agak susah sikit nak bangun pagi, tak macam abang dia. Kena kejut banyak kali la.

Hari pertama ke sekolah, aku perhatikan dia ok....tak la menangis. Aku terus tinggalkan dia di sekolah. Aku langsung tak tunggu dia seperti mana setengah mak bapa buat apabila meninggalkan anaknye. Ini kerana, aku percaya kak ngah dapat menyesuaikan diri dgn persekitaran yang baru. Tekaan aku tepat bila aku ambil dia balik dr kerja. Cikgu dia kata dia ok dan tak de buat hal.

Dalam kereta dia excited bercerita tentang aktiviti dan kawan2nye..walaupun bila di tanya apa nama kawan...dia jawab "tak tahu". Aku harap dia akan terus bersemangat untuk ke sekolah. Semoga kak ngan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Amin.


Tuesday, January 5, 2010

Bermulanya Hadif ke sekolah

Tahun 2010, hadif melangkah ke alam persekolahan di tahun 1. Aku telah mendaftarkan persekolahannya di Sek. Keb. Kangkar Pulai 2 pd 31 Disember yang lepas. Abang long terlalu excited nak gi sekolah. Segala keperluan baru2 belaka; beg sekolah, kasut, baju, seluar, alatan tulis dll.

Hari pertama persekolahan, Isnin, 4 januari 2010, hantar dan balik diuruskan oleh en. hasaan, walaupun lewat beberapa minit (baru balik dr ngajor). Sebelum ke sekolah, dia dah makan, dan aku cuma bekalkan dia 2 keping roti. Malam tu dia excited sekali nak tunjukkan aktiviti di sekolah pd hari pertama iaitu menyanyi. Berulang kali dia menyanyi. Seronok betul dia.

Hari ke-2, aku bangun lebih awal kerana tak mahu kelam kabut. Aku dimaklumkan, bas akan ambil Hadif jam 11.45 pg. Jadi perlu siapkan makan tgh hari segera. Takut nanti si baby pulak meragam, satu kerja tak boleh buat. Aku dah siapkan air sirap untuk dibawa. Aku bagi tahu abang long yg ibu dah buatkan air sirap. Terkejutnye aku bila dia kata dia da buat air perisa mangga malam tadi. Dia tunjukkan aku kat mana dia simpan air tu. La... rupa2nya dia simpan air dia kat peti sejuk beku. Beku la air dalam botol tu. Aku keluarkan siap2 supaya dia cair, sebab aku nak rasa air yg dia buat tu, takut2 termanis pulak. Bila cair, aku pun rasa....okla la rasanya..sedang2, tak manis sangat & tak tawar. Kalau aku tahu dia da buat air, tak payah aku susah2 buat air.

Jam 11.10 pagi Hadif dah siap pakai baju sekolah. 11.30 pagi kita orang da tercanguk depan rumah tunggu bas. Tunggu punya tunggu bas tak sampai-sampai lagi seperti yang dijanjikan. Aku dah gelisah, begitu juga hadif, dah nak merajuk da tak nak pergi sekolah. Aku call en. hassan mengadu. Akhirnye bas yang ditunggu sampai jam 12.30 tengah hari. Hari ini, Selasa sesi sekolah bermula jam 12.40 tgh hari. Mujur sekolah tak la jauh. Kalau aku tahu bas datang 12.30, tak la aku kelam kabut sangat. Hai..bas..bas..menyusahkan orang je...janji tu biarla betul2.

Sebagai ibu, mcm biasa aku pesan, jangan nakal2, belari2, naik bas elok2 jangan berebut-rebutdan bla.....bla....bla... Semoga hadif menjadi murid yang baik. Amin.

Dah bersiap nak ke sekolah

Air perisa mangga

Boring...nak merajuk tunggu bas tak sampai2

Related Posts with Thumbnails