Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Wednesday, May 30, 2012

Apa ada dalam hidungnya?..

Assalamualaikum
Ini adalah kisah anakku Hadifah Zahwah & kisah ini telah berlaku beberapa minggu yang lepas. Alkisahnya balik dr IOI Mall, Kulai selepas menghadiri gathering sekolah lama, 5 mei lepas, lebih kurang jam 6.00 ptg, sesuatu telah berlaku kepada zahwah. Ada sesuatu dalam lubang hidungnya? apakah dia? dan bagaimana benda tu berada di situ?


Aku dan cikgu hassan sangat panik, apatah lagi Zahwah menangis kesakitan. Asalnya aku tak tahu apa yg ade dlm hidungnya, & cuba nak keluarkan dgn cara menekan hidungnya seakan2 menyuruh anak menghembuskan hingus.  Rupanya, tindakan aku semakin menyakitkan zahwah, dan dia semakin menjerit & menangis.


Lantas, aku minta handphone cikgu hassan sebab handphone dia je ade lampu.  Bila disuluh, aku nampak hijau2 & masih tak dpt mengenalpasti, apakah itu, begitu juga dgn cikgu hassan. Kami beberapa kali menyuruh zahwah menghembusnya, tp tak keluar juga. Akhirnya kami terpaksa ke hospital besar & agenda seterusnya utk ke danga city mall terpaksa dibatalkan. Sampai hampir ke jam 7 ptg. Faham2 je la, kami terpaksa menunggu lama sehinggalah jam hampir 10 malam, baru dapat jumpa doktor. Pd masa ini aku & anak2 yg lain x sanggup menunggu dan duduk sahaja dlm kereta, apatah lg baby Hawis pun mula merengek. 


Cikgu hassan sahaja yg menemankan zahwah. Sampai di bilik doktor, hanya dgn 5 kali hembusan, akhirnya, keluarlah benda tersebut dr lubang hidung zahwah.  Alhamdulillah doktor kata, tiada apa2 kecederaan dlm hidungnya... Cuma agak tension kerana terpaksa menunggu lama. Mungkin kalau kami tidak panik dan terus berusaha mengeluarkan dgn menyuruh zahwah menghembus beberapa kali, mungkin kami tak perlu menunggu begitu lama. Tapi tak pelah, seelok-eloknya kita serahkan kepada yg pakar. 


Inilah benda yang dimaksudkan.......Aku tak tahu dari mana zahwah dapat benda nie.  Tapi menurut kakak dia benda nie dia jumpa di tempat permainan IOI Mall, ader 2 biji. 1 biji lagi kakak dia dah buang. Hai..macam2 anak2 ku ini...


Sebiji manik berwarna hijau

Wednesday, May 16, 2012

Deko2 - Selamat Hari Guru 2012

Assalamualaikum. 

'Selamat hari guru'

Aku ucapkan kepada semua guru2, dan para pendidik di seluruh Malaysia. Diharapkan, setiap guru2 akan menjadi insan yg lebih gigih untuk mendidik anak murid menjadi insan2 yg berguna kepada agama, bangsa dan negara, terututama dlm kehidupan moden skrg. 



Tak lupa juga buat guru2 taska Akid yang bersusah payah menjaga keempat2 anak aku.  Dgn harapan dapat menjaga dan menunjuk ajar anak2 ku sebaik-baiknya.  Jarang sekali, bila tiba hari guru, aku sibuk nak buat ole2 utk cikgu2 anak2 aku. Nak senang beli je kat kedai.

Tapi, tahun nie, aku terlebih excited menyiapkan hadiah utk guru2 di taska. Jom tengok apa yg aku sibukkan tu.  Harap2 cikgu2 semua suka pemberian yg tak seberapa nie.  Masa penyediaan mengambil masa kira2 4-6 jam.. huhu ....lama tak?...Tapi aku suka. Teringat balik zaman sekolah dulu2...


       
                      1. Bentuk love,bulat2 & bintang yg digunting.          2. Proses menampal-guna
                                                                                                       mangkuk polistrin je.

                  
                                  3. Buat kad                                  4. Tampal2 lagi-gambar anak2 pulak

5. Masuk kan coklat...nyum..nyum..
                               
6. Proses membalut, paling aku x reti.

7.  Da siap....Opppss..kena tambah lg 2 utk cikgu abang long




Thursday, May 3, 2012

Selepas PESAS 2012

Assalamualaikum,
Citer selepas PESAS 2012.......Kecederaan lutut aku semakin teruk. Aku hanya pergi ke klinik selepas 3 hari PESAS berakhir. Itu pun sebab tidak dapat menahan sakit. Ingatkan bole la dapat mc 2 hari, Khamis dan Jumaat. Malangnya 1 mc pun tak dapat. Diberinya aku ubat sendi perlu dimakan 2 bulan, ader juga ubat urat saraf dan tahan sakit. 

Ubat dari klinik


Selepas 5 hari makan ubat, sakit masih tak kurang. Cikgu hassan cadangkan pergi dukun patah. Dukun patah nie katanya glamour kat JB nie. Sblm nie  cikgu hassan pernah bawa anak aku yg sulung ubat jari dia yg bengkak akibat jatuh kat bilik air,...memang ramai org,cikgu hassan cakap.

Isnin 23 april, aku cuti lagi. Ptg barulah aku ngan cikgu hassan ke dukun patah di Ungku Mohsin JB. Sampai da pukul 5 ptg. Nampak mcm ramai org.  Ambik2 giliran dpt no.38....Alamak...dlm kepala fikir sempat ke nie, nak ambik lagi anak2 dr taska sblm 7 ptg.  

Akhirnya kami tunggu dan lihat.  Rupanya no giliran skrg baru 16. Percaya @ tidak, giliran aku dipanggil jam 6 ptg. Bermakna 1 jam je aku menunggu.  Punye la cepat. Apa taknye, purata dia mengubat seorg pesakit dalam anggaran tak sampai 5 minit.

Tiba giliran aku, aku ckp dua2 lutut aku sakit sebab bersukan. Dalam dia dok tanya2 kat aku sambil pegang lutut aku, terus je dia rentap kaki aku. Apa lagi menjeritla aku...'keletup'...lebih kurang la bunyi lutut aku tu.  Huhuhu...sakit giler masa dia rentap.  Tapi alhamdulillah, sakitnya berkurang. Khamis naik kerja, da boleh da sikit2 naik turun tangga. Nak tahu tak berapa harga yg kena aku bayar?...Untuk 1 lutut RM40, so 2 lutut RM80. 

Aku sempat gak ambik video di sekitar tempat dukun nie...dia tak la eksklusif mana pun, kat bawah kolong je..hehe, aku pun mcm tak caya je tempat nie. Ko org bila tgk video nie, jgn fikir yg bukan2 pulak ye. Yg pakai singlet hitam tu org yg sediakan ubat, yg akan dibalut di tempat yg sakit.  Perempuan cina tu pembantu dia utk urusan pembayaran. Dan terdapat beberapa orang sedang menunggu utk dirawat.

video

Oklah...ini semua adalah kenangan PESAS 2012. Jika dipanjangkan umur jumpa lah PESAS tahun depan.  Amin..
Wassalam.


Related Posts with Thumbnails