Sayangku

Sayangku

Jom laa... follow

Tuesday, July 27, 2010

Kek Coklat

Salam. Bbrp minggu lepas, masa2 cuti sempat gak mencuba resepi kek coklat nie. 1st time buat, alhamdulillah, jadi dan sedap..anak2 pun suka.

Resepi ni aku ambil dr internet, blog majlisimpian. Tetapi resepi asal adalah dr fendy75@myresepi.


Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

2 biji telur

1 cawan minyak masak

1 cawan gula pasir

1 cawan gula perang

Bahan A

1 sudu kecil vanila

1 1/2 cawan susu segar perisa coklat (aku guna dutch lady)

1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe (aku gantikan dengan kopi sebab kat umah aku nescafe x de)

Bahan B

2 sudu kecil sodium bicarbonate

1 sudu kecil baking powder

1/2 cawan serbuk koko

2 cawan tepung gandum

Topping

1/2 cawan koko van hauten

1/2 cawan susu pekat

1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

1. Pukul telur hingga kembang
2. Masukkan gula dan pukul lagi
3. Kemudian masukkan minyak masak
4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecil panaskan sampai nampak dah pekat berkilat…letakkan di atas kek yg dah disejukkan.

Monday, July 26, 2010

Makan2 di Gelang Patah.

Salam semua. Bbrp hari aku x bukak & edit blog, sebabnya cuti-balik kampung dan agak malas sikit nak mengeditnya.

Kali nie, JJCM aku ngan budak2 ofis...nie pun sebenornya da gi lama da...minggu lepas hari Jumaat..Maklumlah rehat hari Jumaat agak panjang sikit. Jadi kita org gi la makan tengah hari agak jauh sikit dari ofis.

Nak tahu di mana? Ini lah tempatnya, restoran makanan laut yeo sekeluarga di Gelang Patah, bersebelahan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Pemiliknya cina muslim ye...Sebelah restoran ni ada 1 lagi restoran, iaitu Saujana, tp hari Jumaat dia org tutup la pulak. Sebenarnya kita org nak gi yg saujana nie la..tp da tutup nak buat cam ne. Mungkin lain kali kot.

Sebelum tu, utk en. hassan sori e....x bg tahu mkn kat sini..hehe..jgn marah. Harga?..ok la semua yg kita org makan set utk 2 org nie RM69.00.

Pemandangan di sini, best di siang hari. Jom layan pic kat bawah.

di hadapan pintu masuk restoran


pemandangan yg indah, bersebelahan PTP..dapat gak tgk kapal masuk.


lauk pauk yg dipesan


habis licin...nie kalau kat umah nie, kepala da x nampak kepala lg da...

Thursday, July 22, 2010

Malam Nisfu Sya'aban

Salam. Petang2 hari ni baru bukak e-mail, sblm nak berkemas nak balik...Dapat e-mail ni rasanya lebih baik saya kongsi dengan yg lain untuk diamalkan bersama. Insyaallah.

Kandungan e-mail yg ditulis oleh seseorang;
Assalamualaikum w.b.t...


Untuk makluman…sekadar ingat & mengingatkan..!

Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk
menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)

Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x

Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x


2.
Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman &

pohonlah segala yang baik dan munafaat.


Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)


3.
Baca surah al-Ikhlas 1000x

4.
Berpuasa pada siangnya)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.


Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa

2. Malam Pembahagian Takdir

3. Malam Rahmat

4. Malam Berkat

5. Malam Pengampunan (Taubat)

6. Malam Penebusan

7. Malam Syafaat

8. Malam
Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan

10. Malam Rezeki

11. Malam
Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan


Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof d ida lam syurga.


2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)

: pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berz ina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.


Wallahua'alam

Wassalam.

Zahwah bertukar pengasuh

Salam...Alhamdulillah semalam adalah merupakan hari pertama & pertama kali Zahwah bertukar pengasuh. Terasa senang hati aku ngan en. hassan lepas tukarkan pengasuh untuk Zahwah. Sebelum ni Zahwa yg baru 8 bulan tu dijaga di taska berhampiran rumahku sejak dia bayi lagi...Namun sejak2 kebelakangan ini, kami agak kurang berpuas hari dengan perkhidmatan yang diberikan.

Apa taknya, dr jauh lg da kedengaran suara anak aku tu menangis, terutama en. hassan la yg selalu balik lebih awal lepas habis sekolah. Dan bila kami ambik Zahwah balik, suara dia da mula serak akibat menangis x berhenti. Tempat pangasuh lama, nama je taska, tapi seorg je pengasuh, x de pembantu, ye la....mcm mana nak gajikan pembantu, x ramai budak yg dihantar ke situ....sebab satu persatu bawa anak dia kuar dr situ...akibat servis yg x memuaskan.... Sebenarnya aku x sampai hati nak ambil Zahwah & hantar ke tempat yg lain. Maklum la pengasuh lama tu, ibu tunggal yg sangat bekerja keras...mcm2 yg dia nak buat untuk menanggung hidup anak beranak, akhirnya jaga budak2 pun ala kadar je.....kesian sbnrnya aku ngan dia...tp nak buat cam ne...Pada aku anak aku lebih penting..

Semalam ambil Zahwah dr pengasuh baru...alhamdulillah, si kecik tu lebih ceria & lebih cergas, mungkin dapat tidur yg cukup siang hari...suara serak pun da beransur pulih...aku harap sgt2 agar zahwah mendapat layanan yg baik dr pengasuh baru...Amin.

Wednesday, July 21, 2010

Haram pakai jersi lambang salib

KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.

Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.

“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.

“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka.

Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini.

Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.

Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.

Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam.

Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.

Sumber; Kosmo



gambar google

Ayu; Sebenarnya isu ni da lama aku terfikir setiap kali piala dunia. Namun aku rasa ini adalah yg pertama dinyatakan kepada umum, dan kenyataan ini pulak keluar setelah piala dunia 2010 sudah pun tamat. Harap2 lepas nie semua orang tidak terlalu taksub & akan berhenti dr memakai jersi @ apa2 pakaian yang mempunyai lambang sedemikian...ini juga merupakan satu penjajahan minda oleh org2 barat.

Friday, July 16, 2010

Zahwah beransur pulih

Salam semua. Syukur, alhamdulillah, zahwah sekarang sudah beransur pulih dr demam dan selsemanya. Cuma hidung dia masih ada sikit lagi berhingus la...

Lega hati aku bila tengok dia da sihat. Kalau x, nak senyum pun mcm nak tak nak je..Ko orang bole tengok la n3 sebelum nie, KLIK SINI. Baik je demam, si kecik nie, da sibuk nak belajor memanjat pulak...takut pulak kepala dia terantuk kat benda keras, so baru aku pun masukkan dia dlm walker.

Sebelum nie ada orang dok sibuk2 suruh aku masukkan dia dlm walker, masa tu dia baru 5, 6 bulan....duduk pun x confirm lagi...Kok ye pun tunggu la dulu budak tu kuat tulang belakang, duduk pun da agak stabil, baru lah masuk dalam walker...

Ni gambar 1st time si zahwah duk dalam walker...Sekarang Zahwah da 8 bulan 7 hari.

N3 sebelum nie, juga aku bagi tahu si zahwah demam sebab alahan, & doktor da cadangkan agar aku tukar susu dia, sebelum nie, zahwah baru sekali tukar susu.

Tukar dr Dumex dulac ke Isomil...tp bila tukar Isomil, masalah lain pulak, so tukar balik pd yang asal..n3 sebelumnya KLIK SINI

Ha...ini dia susu yang doktor cadangkan. Pada aku Isomil tu da mahal....tapi ini lagi mahal...hai, zahwah2....saje je tau nak bermewah-mewah...kalau dia x de masalah, x de nye aku nak bagi dia susu nie...hehe...takpelah asalkan si Zahwah cepat sembuh dr alahan dia... Amin..

Thursday, July 15, 2010

Pemilik payu dara terbesar kini kritikal

GAMBAR menunjukkan Sheyla Hershey yang memiliki payu dara terbesar di dunia.

HOUSTON, Texas - Seorang model berumur 28 tahun, Sheyla Hershey yang memiliki payu dara terbesar dunia kelmarin berada dalam keadaan kritikal, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang juga seorang ibu berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan payu daranya yang terbaru di sebuah hospital.

Sheyla yang berketurunan Brazil tetapi tinggal di sini menjalani pembedahan itu kerana mengalami jangkitan akibat pembedahan tambahan terbaru payu daranya pada bulan lalu.

Doktor-doktor melakukan pembedahan itu pada pagi kelmarin untuk mengeluarkan implan payu dara.

Setakat ini, model itu telah menjalani 30 pembedahan.

Sebelum ini, Sheyla pernah berkata, dia demam dan berasa sakit serta tidak dapat bernafas dengan sempurna selain terpaksa baring di atas katil setiap hari.

Menurut laman web model itu, dia boleh berbahasa Portugal, Sepanyol, Itali dan Inggeris. - Agensi

Sumber; Kosmo

Ayu; manusia memang tak pernah puas dengan apa yang ada. Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan seseorang itu dengan cukup sempurna....Maka, bersyukurlah dengan segala kurnian Allah SWT, dengan memanfaatkan pemberiannya ke jalan yang diredhai oleh-Nya...

Tuesday, July 13, 2010

Pagi yang mengharu birukan..

Salam semua....pagi ni, seawal 6.00 pagi rumah aku da riuh dgn suara en. hassan, suara aku saling bersahutan-sahutan....apa tidaknya. Ini semua gara2 abang long yg x habis2 dok hilangkan alat tulis dia; pensil, pemadam, pembaris...

Aku pun pelik la, kerap sgt pensil dia hilang. Baru 2 hari lepas ayah dia bekalkan 3 batang pensil baru, itu pun lesap. Aku x tahu la, mana dia letak pensil tu....Geram betul aku. Susah betul nak ajar dia supaya sayangkan harta benda...dia ingat mak ayah dia nie kilang buat alat tulis agaknya...Dan bila di marah, pandai pulak buat muka kesian, langsung x menjawab....Aku x tahu la, ko orang ade tak menghadapi masalah yg sama cam nie..

Lepas dok bebelkan abang long, aku ngan en. hassan kena uruskan Zahwah pulak. Deman dr hari rapu lepas masih lum baik, walaupun ubat da habis. Jadi semalam kami gi klinik lagi. Doktor kata demam pasang surut dia disebabkan alahan, sama ada alahan makanan atau persekitaran. Doktor telah cadangkan untuk bertukar susu..

Jadi pagi nie, kami kena bagi ubat dulu kat Zahwah, 5 semuanya; batuk, selsema/alahan, demam, cair kahak & antibiotik. Sgt susah nak bagi dia makan ubat....meronta2, kuat betul tenaga dia, x mcm baby berusia 8 bulan. Terpaksa en. hasan kepit kaki badan dia & aku tukang masukkan ubat dlm mulut. Punya la bijak, gusi bawah & atas bertemu, x nak bukak mulut, si kecik nie. Terpaksala aku tutup hidung dia. Meraung jgn ckp la, sekuat-kuatnya, suara pun da nak hilang.....kesian pulak aku tengok dia...lembik giler akibat penat meronta. Harap2 lepas mkn ubat & tukar susu nie, kuranglah alahan dia...

Susu? nak tahu susu apa yg doktor cadangkan?...aku akan n3 di lain kali...hehe..salam.

Friday, July 9, 2010

Kontes tudung kesayanganku




Salam semua, tq kepada aleeya yg menganjurkan kontes nie...
So, aku ambil peluang ni utk turut serta.
Mana lah tahu kot2 bernasib baik.
Jom ramai2 join kontes aleeya, hadiahnya &
syarat2 yg ditetapkan oleh aleeya, sila klik;


Bergambar dengan tudung kesayanganku..

Kawan2 yg aku tag;

kak yus (alam sari)
zaidah (comel)


Zahwah demam...

Salam semua, semalam seharian x dapat aku nak berinternet. Bukan apa, terpaksa ambil cuti kecemasan, gara2 si Zahwah demam..

Aku ingat nak masuk keja lambat sikit lepas aku ngan en. hassan bawa zahwah gi klinik. Tp balik dr klinik, en. hassan x jadi nak gi keja sebab macam da lambat sangat, masa tu lebih kurang jam 9.20 pagi. Aku lak...emm pun jadi cam malas nak gi keja terus el je la...

Mujur juga aku cuti, memang si Zahwah ni demam sesungguh, melepek aje dia. Hingus , jgn cakap la, asyik keluar je......da la payah makan ubat. Lepas makan ubat pun, suhu badan x berapa nak turun, sebab tu la aku dok tuam ngan air sejuk. Ni kalau kat taska, tak tahula si pengasuh tu tuam ke tak?...

Di sebelah malam pulak, lepas makan ubat, dia muntah pulak...terpaksa la bagi ubat lagi, itu pun muntah lagi...risau aku...suhu badan tak turun, ubat x masuk. Aku bagi lagi, tapi kali ni bagi ubat demam je...takut2 muntah lagi...akhirnya kali ke- 3 baru dia x muntah...

Hari ni, pagi, sebelum gi keja sekali lagi bagi ubat, pun muntah jugak...akhirnya mintak pengasuh bagi ubat kat dia. Tak tahu lah cam ne zahwah hari ni...harap2 suhu badan dia hari ni turun...


tengok la, melepek je zahwah, sian kat dia....x larat nak senyum da.

Wednesday, July 7, 2010

Doa hamba Mu

Dengan nama Mu Ya Allah Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang

Wahai sekeping kertas
biarlah aku menulis dengan sepenuh perasaan tanpa ragu-ragu
biarlah aku menulis tanpa sedikit pun kekesalan dalam diri ini
biarlah aku menulis bersama duniaku yang dipenuhi dengan bermacam-macam imaginasi
biarlah aku menulis dengan airmata yang mengalir kerana sedih, gembira
kerana aku hanyalah manusia lemah yang selalu melakukan dosa
kerana aku jugalah manusia lemah yang selalu melupakan DIA

Aku hidup hanya kerana aku adalah khalifah di muka bumi ini
tetapi aku tahu aku gagal menjadi khalifah itu
di Luh Mahfuz dulu, aku pernah berjanji yang aku akan beribadah hanya untuk-MU
tetapi aku gagal melaksanakannya

Aku lalai dengan duniawi
yang penuh dengan drama, tipu daya
aku leka dengan zaman ini
yang penuh dengan gelak ketawa, tetapi beronak liku
aku tertipu dengan semua ini
aku termakan dengan janji-janji yang BODOH

Ampunkan aku wahai YA RAHMAN YA RAHIM
ampunkan aku yang terlalu leka dengan duniawi
ampunkan aku yang selalu lupakan-MU
ampunkan aku yang sentiasa tertipu dengan helah-helah mereka yang juga leka
ampunkan juga dosa-dosa kedua ibubapaku
mereka terlalu baik untuk ku, mereka terlalu sempurna untukku
maafkan aku kerana tidak menghargai mereka
maafkan aku kerana telah membuat mereka menitiskan air mata kerana kejahatanku
ampunkan dosa-dosa umat ISLAM , YA ALLAH
ampunkan mereka kerana mereka tidak sedar yang mereka masih ada ALLAH dan TUHAN
yang selalu membuka pintu taubat untuk mereka
ampunkan mereka YA ALLAH
ampunkan aku kerana telah mencintai seseorang lebih dari KAU
ampunkan segala dosa-dosaku YA ALLAH


Tuesday, July 6, 2010

Untuk anak2 sekolah rendah,...susah nak ingat sifir?

Salam semua...pagi nie, dlm keta nak ke tampat kerja, cam biasa la aku akan bukak sinar fm. So topik kali ni yg dibincangkan oleh KE, SY & Krill ialah "tak sangka". Jadi, seorang pemanggil, memberitahu yg dia tak menyangka lagu ciptaannya semakin popular dan sering dinyanyikan di mana2 terutama di sekolah2.

Ko orang nak tahu tak lagu apa?...yg dimaksudkan ialah lagu sifir, yg dicipta oleh pemanggil ini iaitu Cikgu At. Dia mengilhamkan lagu ini apabila mendapati pelajar2 sukar utk menghafal sifir, tetapi senang mengingat lagu2 yg dimainkan di corong2 radio. Jadi, beliau telah menukarkan sifir ini dalam format nyanyian agar mudah diingati oleh murid2. Dan beliau juga menyelitkan nasihat berguna dalam lagu sifir ini.

Aku rasa cara ini dapat memberi kesan yang positif kepada pelajar terutama sekolah rendah.. So sapa2 yg ada anak di sekolah rendah tu, boleh la melakukan cara ini. Jadi aku ambil peluang ini utk search lagu sifir Cikgu At. Jom kita layan lagu yg aku jumpa nie...Dan rasanya, sape2 yg berminat mungkin boleh membuat pesanan dengan cikgu At nie...di nombor yg tertera dlm video ni..

Video ni..hanya utk sifir 6 je...ko org boleh la cari lagu sifir yg lain2 tu...



Related Posts with Thumbnails